31.5 C
Kuala Lumpur
Monday, August 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    MAWO, Dayang Nurfaizah & Jamal Abdillah Bersatu Di Pentas ‘Desaku Mendunia’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Konsert ‘Desaku Mendunia’ akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri bagi meraikan pelajar MRSM FELDA (MARESMAF) yang bakal mewakili Malaysia dalam International Festival of Wind Orchestra di Prague pada 20 dan 21 Jun 2025.

    Konsert ‘Desaku Mendunia’

    Desaku Mendunia yang merupakan kerjasama FELDA bersama RTM dan Kementerian Komunikasi bakal menampilkan artis-artis ternama seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Yabang Khalifah, Datuk Suhaimi Sulaiman, Zam dan Along dari program Feel Da Starz serta kumpulan Zeppo Youngster.

    Konsert ini juga menjadi platform softlaunch kepada Mega Karnival 3 Dimensi, yang menghimpunkan Hari Peneroka FELDA (HPF), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

    Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail menyifatkan kumpulan Mawo, yang terdiri daripada pemuzik dan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak, sebagai kumpulan istimewa yang luar biasa serta membanggakan.

    Memang menjadi tanggungjawab sosial kami di RTM untuk membantu, memberi inspirasi. Kerana kita melihat pelajar-pelajar, anak-anak peneroka ini sesuatu yang luar biasa dan cukup membanggakan.

    Mokhzani turut berkongsi rasa kagum terhadap semangat pelajar Mawo yang bermula daripada sifar sehingga mampu membuat persembahan bertaraf tinggi.

    Bagi saya yang sudah bekerja dengan pemuzik profesional, mungkin agak berbeza kerja dengan mereka datang pada saya sudah pandai bermain muzik. Tapi bagi Mawo, daripada ‘zero to hero’.

    Itulah yang sangat mengagumkan saya. Pada Hari Peneroka tahun lalu, saya bersama-sama mereka untuk satu persembahan. Tapi pada masa itu ahli muzik mereka ataupun pelajar lain berbeza.

    MAWO terdiri daripada 53 pelajar MRSM FELDA (MARESMAF) bersama 39 warga FELDA akan mewakili Malaysia dalam International Festival of Wind Orchestra yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Jun 2025 di Prague, Republik Czech.

    MENARIK:  Mila Jirin Belajar 3 Hal Berkenaan Isu Skandal Selebriti - 'Semua Orang Tahu dengan Izin Allah'

    Pertandingan ini menghimpunkan peserta dari 11 negara termasuk Republik Czech, Croatia, Iceland, Italy, Latvia, Hungary, Jerman, Poland, Austria dan Switzerland.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.