30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Marissa Dania Bidas Aazief Khalid, Minta Jangan Masuk Campur Urusan Keluarga – ‘Tak Boleh Ke Pendapat Simpan Untuk Diri Sendiri?’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Selepas memilih untuk menyelesaikan perihal secara peribadi, timbul lagi dakwaan Ahmad Aslam bercinta dengan pempengaruh, Marissa Dania ketika berada di bawah umur.

    ‘Itu tidak benar’

    Dakwaan itu makin tular selepas anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid masuk campur isu rumah tangga anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim.

    Dakwa Aazief, perbuatan Aslam merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang kerana telah memikat gadis yang berada di bawah umur.

    Bagaimanapun Marissa membidas spekulasi berkenaan dengan mengatakan ia adalah dakwaan yang salah, sebaliknya meminta Aazief supaya tidak mencampuri urusannya.

    Itu tidak betul, ini bukan gosip. Ini tuduhan yang serius.

    Saya tidak akan berada di sini menjelaskan diri saya melainkan keadaan memaksa.

    Apa perasaan apabila awak mencampuri urusan orang lain terutamanya hal keluarga?

    Tak bolehkah pendapat di simpan untuk diri sendiri?

    Menerusi hantaran Abby, suaminya iaitu Muhammad Faizal Zakaria bertindak untuk melakukan perbuatan itu kerana Aslam telah melampaui batas.

    Jelasnya, ketika kejadian Marissa berada di bawah umur 18 tahun dan masih dalam jagaannya.

    Polemik antara Abby dan Aslam terus mendapat perhatian ramai selepas mereka bertindak untuk melakukan serangan balas di media sosial.

    MENARIK:  Datuk Lee Chong Wei Memberikan Respon Terhadap Penyertaan Taufik Hidayat Dalam Hall Of Fame BWF

    Perang tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

    Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.


    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.