28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Mak Saya Juga Berhak Bahagia’ – Shila Amzah

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi, Shila Amzah menganggap ibunya, Fauziah Sarman berhak mengecapi kebahagiaan selepas wanita itu merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.

    Artikel Berkaitan: Ibu Shila Amzah Bakal Berkahwin Dengan Duda – ‘Dia Baik, Penyayang & Ada Bisnes Sendiri’

    Mak berhak bahagia

    View this post on Instagram

    A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

    Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, sebagai seorang anak dia akan mendoakan agar ibunya itu memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.

    Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk mak saya.

    Apa yang saya boleh doakan ialah agar ibu saya boleh menemui kebahagiaan.

    Doakan saja yang terbaik.

    Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert ‘Raise The Star Malaysia’ yang diadakan di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.

    Masih terlalu awal cakap soal pernikahan mak

    Ketika ditanya mengenai tarikh pernikahan ibunya, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini beranggapan masih terlalu awal untuknya bercakap mengenai hal tersebut.

    Mak saya memang seorang yang ‘open’ malah saya dengan dia macam ‘buddy buddy’.

    Tapi saya tak berani nak cakap lebih-lebih sebab masih terlalu awal lagi.

    Dan sebenarnya saya tak bagi mak saya uar-uarkan perkara yang belum terjadi.

    Cuma selagi mana mak saya gembira dan bahagia, saya okay dan itu yang saya mahukan.

    Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Mengundang Fizi Ali Untuk Berdamai: 'Pintu Rumah Sentiasa Terbuka Untuk Awak Jumpa Anak'

    Memetik laporan Harian Metro, Fauziah memaklumkan bahawa jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal.

    Tambah Fauziah, lelaki itu juga memiliki peribadi yang baik dan penyayang.

    The post ‘Mak Saya Juga Berhak Bahagia’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.