30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Liyana Jasmay Terima Teguran Netizen Isu Pakaian Seksi – ‘Apa Yang Mereka Kata Benar, Tidak Patut Pakai Begitu’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay, menerima teguran netizen dengan hati terbuka berhubung beberapa perkongsiannya di Instagram yang memaparkan dirinya berpakaian seksi.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Dipukul & Kena Tarik Rambut Dengan Senior Sekolah’ – Liyana Jasmay 

    Isu pakaian seksi

    Menurut Liyana, 37, segala nasihat yang baik akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

    Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

    Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya.

    Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat.

    Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

    Mengulas lanjut, Liyana mengakui dirinya sememangnya seorang yang gemar berpakaian seksi, namun sebelum ini jarang berkongsi kepada pengikutnya di media sosial.

    Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak dimuat naik ke media sosial. Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu.

    Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai tindakan seorang penyanyi baharu yang mengambil keputusan menanggalkan tudung, Liyana enggan mengulas panjang. Sebaliknya, dia menitipkan doa agar penyanyi tersebut terus diberi kekuatan.

    Saya tidak berhak menilai seseorang kerana saya sendiri pun tidak tahu apa yang dia lalui. Saya hanya doakan dia terus bersabar dan kuat. Lagipun dia masih muda.

    The post Liyana Jasmay Terima Teguran Netizen Isu Pakaian Seksi – ‘Apa Yang Mereka Kata Benar, Tidak Patut Pakai Begitu’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Universe Gateway Tidak Akan Ulang Kesilapan Sama Di Konsert Intifada Rabbani – ‘Kami Tak Pernah Melarikan Diri’

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.