24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Lelaki Meninggal Selepas Bekerja Selama 104 Hari, Hanya Mendapat Cuti Rehat Sehari. Majikan Diarahkan Untuk Membayar Pampasan RM244k.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ, berikutan bekerja 104 hari dengan hanya diberikan cuti rehat selama satu hari.

    Meninggal dunia kerana kerja lebih masa

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan South Morning China Post (SMCP), mangsa yang dikenali sebagai A’bao berusia 30 tahun itu mengalami kegagalan beberapa organ akibat jangkitan pneumokokal, yang sering dikaitkan dengan kelemahan sistem imun.

    Mangsa dikatakan terikat dengan kontrak sebagai pelukis di sebuah syarikat di China dan sepanjang bekerja sejak Februari hingga Mei tahun lalu, mangsa hanya bercuti satu hari sahaja iaitu pada 6 April 2023.

    Kemudian, pada 25 Mei tahun lalu, mangsa mengambil cuti sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian kerana masalah kesihatan. Mangsa yang didiagnosis dengan jangkitan paru-paru dan kegagalan pernafasan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2023.

    Susulan daripada kematian tersebut, keluarga mangsa telah memfailkan saman atas kecuaian majikan. Hasil siasatan, mahkamah mengarahkan syarikat terbabit t membayar pampasan 400,000 yuan (kira-kira RM244,412) kepada keluarga pekerja terbabit.

    Difahamkan, syarikat terbabit telah melanggar Undang-Undang Buruh China yang mewajibkan tempoh maksimum bekerja dalam sehari adalah lapan jam, dan puratanya, 44 jam seminggu.

    MENARIK:  [VIDEO] Beto Kusyairy: Masing-masing Memiliki Hak untuk Menjadi Lebih ‘High Class’ dan Saya Tidak Perlu Ambil Kisah

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.