26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Kuasa Mental dan Fizikal: Mengapa Penting Memiliki Tujuan di Dalam Program Seperti Ini’ – Zizi Kirana

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Dikritik kerana tidak kreatif dan tidak mempunyai idea yang lain untuk persembahan final program realiti The Hardest Singing Show (THSS) pada malam Ahad lalu, penyanyi Zizi Kirana tampil membuka mulut mengenai perkara tersebut.

    Sebenarnya ada banyak idea

    Menerusi temu bual bersama Zizi berkata, persembahan yang dilakukan olehnya itu mempunyai mesej yang tersirat. Tambah Zizi, ia merupakan solidariti terhadap mereka di bumi Palestine.

    Pertama sekali saya sememangnya suka memanah. Saya harap orang ramai akan lebih terbuka dengan sukan ini. Lagi satu sebab saya nak tutup persembahan saya dengan solidariti terhadap Palestine. Saya memang nak sampaikan mesej sambil memanah. Jadi saya tak kisah apa orang nak cakap.

    Disoal sama ada susah ataupun tidak melakukan sukan memanah sambil menyanyi, pelantun suara ‘Eh’ ini menjawab, sangat sukar bagi dirinya.

    Orang nampak senang kan? Sebenarnya susah bagi saya. Masa minggu sebelum ini, saya hanya memanah beberapa kali sahaja.

    Tetapi untuk peringkat akhir ini, saya kena memanah sebanyak tiga kali di beberapa tempat yang berbeza. Ia perlu ketangkasan. Saya rasa dengan memanah dapat memberi impak dekat semua orang.

    Ujar Zizi lagi, dia dan pasukannya mempunyai beberapa idea dan konsep yang lain untuk dilakukan di pentas akhir. Namun, kebanyakannya telah ditolak oleh pihak produksi berikutan beberapa faktor.

    Saya memang ada idea nak buat letupan bom, nak memanah dari atas, nak buat bagi terjatuh dan yang lain-lain. Namun, idea itu semua terbatas sebab dekat televisyen kita tak boleh tunjuk yang tidak sepatutnya.

    Kalau tanya ralat atau tidak, sebagai manusia pasti ada juga rasa. Tapi saya faham, mereka tak benarkan mungkin ada sebab. Contoh, terlepas di led ketika memanah.

    Di samping itu, saya ada juga rancang nak bawa kuda. Tapi tak dibenarkan atas faktor keselamatan. Saya hanya mampu buat apa yang boleh sahaja.

    Di akhir temu bual, sempat meminta nasihat daripada Zizi buat rakan-rakan artis yang mahu menyertai program sebegini pada masa akan datang.

    Kata-kata saya untuk rakan artis terutama yang bertudung sekiranya mahu menyertai program seperti ini, mereka seharusnya kena kuat dari segi mental dan fizikal.

    Program macam ini kita kena kuat pendirian. Sebagai manusia kita kena ada tujuan kenapa nak masuk program macam ini. Macam saya, saya nak sampaikan mesej. Itu tujuan saya setiap minggu.

    MENARIK:  Tajuk semula: ‘Jika Yang Ada Tak Dihargai, Yang Lain Akan Tahu Untuk Menghargai’ – Wak Doyok

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.