25.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Konsert Epitome Siti Nurhaliza: Sebuah Amal Berbentuk Bukan Untuk Kaut Keuntungan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Menerusi satu kenyataan akhbar, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia tidak berhasrat untuk menunda Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan meskipun terdapat gesaan untuknya berbuat demikian.

    Berbentuk amal bukan keuntungan

    Menurut Siti, keputusan meneruskan konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu disebabkan acara itu lebih kepada berbentuk amal, bukannya berasaskan keuntungan semata-mata.

    Izinkan ruang diberi kepada Yayasan Nurjiwa untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan. Yayasan Nurjiwa adalah badan amal ditubuhkan sejak 2006.

    Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.

    Kesemua kluster berkenaan menjadi keutamaan Yayasan Nurjiwa dan bagi meneruskan kerja kebajikan ini, ia memerlukan dana mencukupi. Segala hasil kutipan tiket daripada pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima kluster berkenaan.

    Tambah Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti, alasan lain menyukarkan untuk menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.

    Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.

    Kami di Yayasan Nurjiwa diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan.

    Untuk pengetahuan semua, kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan. Kami mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu.

    Di samping itu, Tok Ti berkata, pihaknya sangat menghormati pandangan mufti dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan.

    Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran beliau (mufti). Keprihatinan dan pandangan beliau amat kami hormati dan hargai. Terima kasih.

    MENARIK:  Ara Johari Tidak Akan Menerima DM Tak Senonoh Walaupun Bergaya Lebih Feminin – 'Mungkin Itu Nafsu Lelaki'

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.