31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, July 4, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Konsert Datuk M. N46IR Cipta 3 Kembali Dengan Tema ‘Gua Rock’ September Ini!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Maestro muzik negara, Datuk M.Nasir kembali dengan Konsert Datuk M. N46IR Cipta 3 dengan membawa konsep Gua Rock yang bakal berlangsung 27 September ini di Axiata Arena.

    Artikel Berkaitan: ‘Jadikan Budaya, Saya Harap Setiap Hari Raya Ada Konsert Besar’ – M. Nasir

    Artikel Berkaitan: Konsert M N45IR Cipta 2 Dibanjiri 8,000 Penonton, ‘Dihujani’ 10,000 Keping ‘Duit Raya’ Dalam Stadium

    Gua Rock

    Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, konsert kali ini bakal memberi kejutan baharu buat peminat yang hadir.

    Tambahnya, peminat tidak akan rasa membazir dengan setiap pembelian tiket ke konsert pelantun lagu ‘Mentera Semerah Padi’.

    Mungkin ada yang mengeluh kerana penganjuran trilogi konsert, tetapi percayalah Konsert Cipta 3 ini akan memberi kejutan baharu buat peminat.

    Sama seperti Cipta 1 dan Cipta 2, peminat tidak akan rasa membazir untuk melaburkan duit bagi Cipta 3.

    Sebab mereka bakal menyaksikan Maestro M.Nasir sendiri dengan konsep Malam Ini Gua Rock.

    Konsert kali ini lebih istimewa apabila M. Nasir atau nama nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, 67, bakal mempersembahkan lagu-lagu rock nyanyian dan ciptaan beliau yang pernah meninggalkan kesan di jiwa serta nostalgia tersendiri.

    Seperti diketahui umum, M.Nasir juga merupakan pencipta untuk kebanyakan lagu popular seperti Sejati atau Intanku Kesepian nyanyian kumpulan rock lagenda, Wings.

    Selain itu, peminat juga disertakan tema atau ‘dress code’ ‘Rock Cara Lu’ bagi memeriahkan lagi malam Datuk M. Nasir Cipta 3.

    MENARIK:  Farid Dedah Bahawa Urusan Jumpa Anak Sangat Mudah – Dia Berharap Mungkin Boleh Disulami Dengan Ibu Mereka Sekali

    Bagi peminat yang berminat, pra jualan tiket dibuka khas di aplikasi Etiqa+ pada Khamis, 3 Julai ini jam 2:00 petang.

    Bagi tiket umum pula akan mula dijual pada 4 Julai ini jam 11:00 pagi. Tiket bermula serendah RM258 sehingga RM628 menerusi http://www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau hubungi talian hotline 012 6530 700.

    The post Konsert Datuk M. N46IR Cipta 3 Kembali Dengan Tema ‘Gua Rock’ September Ini! first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.