28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kim Seri Tayang Sijil Tiada Rekod Jenayah, Jawab Dakwaan Tak Boleh Dapat Status Penduduk Tetap Korea 

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pempengaruh kontroversi, Kim Seri menarik perhatian ramai apabila memuat naik Certificate of Good Conduct yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Kim Seri Tunjuk Bukti, Mula ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea

    Artikel Berkaitan: Kim Seri Didakwa Punca ‘Ex Husband’ Dipenjara, Bekas Kakak Ipar ‘Spill The Tea’ – ‘Bekas Suami Hadap Jenayah Yang Dia Buat’

    ‘Alhamdulillah. Hello Korea’

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story itu, dokumen itu mengesahkan pemilik nama Seri Azlina Mohamed Sani tiada rekod jenayah di Malaysia.

    Alhamdulillah. Hello Korea.

    Perkongsian itu dibuat susulan dakwaan netizen yang mengatakan dia tidak akan lulus permohonan status Permanent Resident (PR) Korea Selatan kerana perlu melalui semakan rekod jenayah. 

    Difahamkan, sijil tersebut adalah khusus untuk kegunaan di Republik Korea.

    Dia nak mohon PR Korea mesti tak lepas sebab kena check criminal record dulu.

    Terdahulu, nama Kim Seri pernah menjadi bualan hangat netizen pada tahun lalu selepas didakwa terlibat dalam penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan. 

    MENARIK:  Asmidar Mengakui Kesukaran Mengatasi Ketakutan dan Perjuangan Melawan Diri Sendiri - 'Sifat Keras Saya'

    Menurut laporan media, lebih 20 laporan polis dibuat melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM500,000. 

    Mangsa mendakwa perkhidmatan yang dijanjikan tidak dipenuhi, termasuk tiket penerbangan dan penginapan yang tidak seperti dipromosikan.

    Susulan itu, Kim Seri tampil memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan secara berperingkat.

    Sumber: Instagram Kim Seri

    The post Kim Seri Tayang Sijil Tiada Rekod Jenayah, Jawab Dakwaan Tak Boleh Dapat Status Penduduk Tetap Korea  first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.