Berikutan isu jangkitan herpes, terdapat segelintir pelanggan Kieda Crepe House berasa bimbang dengan kebersihan di premis pernigaan itu.
Artikel Berkaitan: ‘Gurau Suami Isteri, Tak Ada Yang Serius Pun Herpes Itu’
Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’
Tak kendali makanan
Menerusi video yang dimuat naik, seorang staf yang dikenali sebagai Alya, berkongsi beberapa komen daripada warganet yang meluahkan rasa gusar untuk membuat pembelian di kedai milik usahawan berkenaan.
Memahami kebimbangan yang disuarakan itu, Alya menjelaskan bahawa Kieda tidak mengendalikan makanan malah dia juga jarang berada di premis tersebut buat masa ini.
Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Kieda berehat di rumah buat masa sekarang.
Kalau nampak, live dia banyak di rumah sahaja.
Dalam masa terdekat ini, dia tak kendalikan makanan-makanan yang di kedai, malah dia juga tak masuk ke bahagian produksi.
Bagi yang was-was dengan makanan yang ada di Kieda Crepe House, jangan risau Kieda tidak mengendalikan makanan.
Dia ada juga masuk ke kedai, tetapi setakat untuk ambil barang-barangnya sahaja.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa setiap pekerja untuk membuat pemeriksaan kerana penyakit tersebut didakwa boleh berjangkit.
Dalam masa yang sama, mereka juga mencadangkan agar premis tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.
Terdahulu, Kieda mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: TikTok Kieda Crepe House
The post ‘Kieda Tak Kendalikan Makanan Di Kedai’ – Staf first appeared on OHBULAN!.