Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe mengambil peluang pada hari raya Aidiladha untuk melakukan ibadah korban.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Puji Cara ‘Customer’ Datang Mengadu Kek Pistachio Berkulat – ‘Dia Bayar Untuk Satu Tapi Saya Gantikan Dengan Dua’
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Mengaku Terlalu Beremosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan ‘Review’ Jujur– ‘Selepas Ini Andai Tak Kena Selera, Jangan Hina’
Korban 4 ekor

Menerusi hantaran di Instagram, Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra memberitahu dia ‘menumbangkan’ sebanyak dua ekor lembu, seekor kerbau sapi dan seekor kerbau balaq.
Alhamdulillah, dapat korban dua ekor lembu, seekor kerbau sapi, seekor kerbau balaq yang semuanya berat 400 kg ke atas.
Tak pernah terfikir sejuah ini Allah memberi rezeki dan nanti daging-daging ini kira edarkan kepada masyarkat yang kurang berkemampuan.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Kieda memaklumkan jumlah keempat ekor haiwan terbabit berjumlah RM43,000.
Jumlah RM43,000 untuk korban tahun ini, syukur alhamdulillah. Aku yang dulunya dari anak orang susah yang mana mama dan abah dipandang rendah, kini sudah melangkah demi naikkan martabat keluarga.
Semoga tahun depan dapat bajet RM100,000 pula untuk ibadah korban. Semoga semua daging-daging ini dapat beri manfaat buat mereka yang memerlukan.
Sumber: Instagram
The post Kieda Crepe Buat Ibadah Korban, Kos Cecah RM43,000 first appeared on OHBULAN!.