Pelakon, Khir Rahman berkongsi kisah di sebalik watak ‘Jijo’ yang dilakonkannya dalam siri filem ‘Rock’.
Artikel Berkaitan: Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’
Artikel Berkaitan: Demi Ikut Trend Semasa, Joey Daud Buka Akaun Instagram & TikTok
Khir bukan pilihan pertama bawa watak Jijo

Menurut Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman, watak ‘Jijo’ pada asalnya bukan ditawarkan kepadanya.
Seminggu sebelum mula penggambaran baru abang Mamat telefon aku dan sepatutnya watak aku ini dibawakan oleh pelakon lain.
Cuma waktu itu aku minta abang Mamat bagi aku tiga hari untuk aku fikirkan tawaran itu.
Berkongsi lanjut, anak kepada penyanyi Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan memaklumkan dia menggunakan tiga hari yang diminta untuk mencari rujukan bagi memantapkan lagi watak yang perlu dibawanya itu.
Dan dalam tiga hari itu aku cari kawan-kawan aku yang ‘Mat Rock’ untuk dapatkan idea sampailah aku jumpa kawan aku yang bila bercakap banyak sebut ‘an’.
Aku cuba masukkan semua itu dalam watak ‘Jijo’, lepas itu aku tanya abang Mamat okay tak? Dia terus ‘lock’.
Arwah Mamat lonjak nama Khir
Di akhir video, Khir memaklumkan dia menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah Mamat yang dianggap telah menaikkan semula namanya dalam industri hiburan.
Pada malam gala filem Rock itu sendiri aku jumpa arwah abang Mamat.
Aku cakap, ‘Bang, mungkin aku dah lama dalam bidang lakonan tapi apa yang kau buat ini (tawar berlakon) telah melonjak lagi nama aku.’
Tapi dia kata yang ini memang rezeki aku.
Sumber: TikTok
The post Khir Rahman Anggap Arwah Mamat Khalid Lonjak Nama Dalam Industri Lakonan – ‘Sepatutnya Bukan Aku Bawa Watak Jijo’ first appeared on OHBULAN!.