29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Khabar Angin Tentang Zizan Razak Dan Model Nureen Tidak Benar – ‘Mengganggu & Merosakkan Karier Seni Saya’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Zizan Razak

    Pelawak dan pelakon, Zizan Razak akui tidak selesa apabila timbul gosip mendakwa dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pempengaruh media sosial dan model yang dikenali sebagai Nureen.

    ‘Hanya kawan biasa’

    Zizan Razak

    Ketika ditemui , Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 40, menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut sekadar kawan biasa.

    Gambar yang tular itu gambar lama. Saya dan dia (Nureen) hanya kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kawan biasa, bukan kawan industri.

    Saya lebih suka fokus pada kerja berbanding gosip sebegini. Nak kata dia kawan rapat saya, jawapannya tidak.

    Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Zizan berkata gosip tersebut agak sensitif untuk dirinya dan menyifatkan sebagai mengarut.

    Kata anak kelahiran Terengganu itu, dia tidak mahu kerjaya seninya tercalar disebabkan cerita tidak sahih seperti itu timbul.

    Perkara begini agak sensitif sedikit untuk saya. Saya kalau boleh tidak mahu jawab dakwaan ini dan mengarut bila ada cerita yang menjatuhkan nama saya.

    Kalau benar gosip itu betul, saya okay untuk menjawab. Tetapi itu tidak benar, risau akan mengganggu kerjaya seni dan mencalarkan kerja saya.

    MENARIK:  Julia Farhana Gagal Subjek Statistik Kerana Salah Hantar ‘Assignment’ – Pengalaman Pertama Gagal Peperiksaan disebabkan Influenza

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.