26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Ketulusan Lelaki dalam Setia Tidak Tertandingi oleh Wanita, Walaupun Dijalani Cabaran’ – Sabhi Saddi

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Sabhi Saddi

    Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi berpendapat tidak wajar jika orang ramai ingin menutup ‘periuk nasi’ aktor Aliff Aziz dan memintanya pulang ke negara asal iaitu Singapura susulan kontroversi didakwa bersekedudukan dengan aktres Ruhainies.

    Pegang prinsip setia

    Sabhi Saddi

    Ketika ditemui , Sabhi berkata jika rezeki Aliff sudah tertulis di Malaysia, maka tiada hak untuk seseorang manusia itu melakukan tugas Allah.

    Bagaimanapun menurutnya, dia tidak menafikan apa yang terjadi antara Aliff dan Ruhainies adalah perkara yang salah.

    Apa yang berlaku adalah ketentuan yang sudah ditetapkan kepada Aliff. Walau macam mana pun iman seseorang itu tetapi tidak dijaga, memang akan goyang. Kita semua adalah manusia biasa dan tidak dinafikan apa yang Aliff buat adalah salah.

    Bagi saya rezeki setiap orang itu berbeza, tidak elok berkata sedemikian (minta Aliff pulang ke Singapura). Setiap manusia ada khilaf dan sering terikut dengan nafsu dalam diri.

    Kalau sudah rezeki Aliff di Malaysia, orang tidak boleh tutup. Bukan tugas manusia untuk menutup rezeki sesama manusia, tetapi itu adalah tugas Allah.

    Saya pernah jumpa dengan Aliff ketika dia teman Bella di program Famili Duo, saya lihat dia sebagai seorang lelaki yang baik. Apa pun manusia punya hati di dalam tiada siapa yang pernah tahu.

    Sabhi berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’ yang diadakan di Anjung Syawal, Festival Ramadan Putrajaya 2024, baru-baru ini.

    Melanjutkan bicara, pelantun lagu Cinta Sesungguhnya itu berkata kejadian sedemikan tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak tidak membuka ruang dan berpegang dengan prinsip masing-masing.

    Jangan salahkan satu pihak sahaja, kalau perempuan tidak memberi ruang lelaki tidak akan dapat. Walau lelaki itu sedaya upaya cuba macam mana pun. Jika perempuan itu ada prinsip perkara sebegini tidak berlaku, namun dua-dua pihak membuka ruang itu.

    Jangan juga salahkan Aliff seorang, saya juga lelaki. Sebagai contoh, dalam bahasa kasarnya jika perempuan itu kangkang depan mata, namun saya sendiri tidak mahu maka tidak akan berlaku sesuatu. Begitulah tahap iman seseorang.

    Jika ada perempuan depan mata, jika lelaki itu bertegas untuk tidak mahu lakukan, maka tidak akan berlaku (maksiat).

    Dalam pada itu, penyanyi asal Sabah itu menafikan dakwaan lelaki akan kalah dengan wanita.

    Lelaki tidak akan pernah kalah dengan wanita jika dia simpan satu prinsip setia dan pemikiran mengatakan dia sudah berkahwin serta memiliki anak. Akan sentiasa fikir tanggungjawab kepada keluarga.

    Jika lelaki berpegang pada prinsip itu, maka dia tidak akan terjerumus ke arah perkara yang tidak elok.

    MENARIK:  Isteri Simpati Dengan Suami, Selepas Dua Tahun Pernikahan Masih Perawan

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.