28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Keputusan Hari Ini Adalah Amaran Untuk Tidak Menabur Fitnah Tanpa Bukti’ – Fattah Amin

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon popular, Fattah Amin meluahkan rasa lega selepas mahkamah memerintahkan seorang pempengaruh bersama suaminya untuk menurunkan hantaran berunsur fitnah terhadap dirinya.

    Artikel Berkaitan: Selepas Hong Kong, Fattah Amin Rancang Bawa Fatima Ke Disneyland Paris

    Lega keputusan mahkamah

    Menurut pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, keputusan yang dibuat itu juga boleh dijadijan sebagai peringatan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menulis atau menyebarkan sesuatu di media sosial.

    Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba melakukan perkara yang tidak baik terhadap reputasi saya.

    Saya mendengar daripada peguam saya bahawa prosiding telah dijalankan. Keputusan mahkamah telah diluluskan, Alhamdulillah.

    Mungkin keputusan hari ini adalah satu amaran kepada orang ramai supaya tidak menabur fitnah tanpa bukti.

    Fattah berkongsi perkara tersebut pada sesi sidang media kempen ‘NEX to Palestine’ yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis.

    Ketika ditanya mengenai amaun RM5 juta yang dituntut, pelakon filem ‘KL Special Force’ ini menyerahkan segala proses kepada mahkamah.

    Saya tak boleh komen soal amaun itu tetapi apa yang boleh saya katakan, itu adalah tindakan undang-undang yang saya ambil terhadap defendan.

    Apa yang saya buat hanyalah mengikut lunas undang-undang jadi, adalah sebab kenapa amaun itu yang dituntut.

    Tetapi saya telah memberitahu anda bahawa saya telah mengambil tindakan undang-undang. Mahkamah telah memerintahkan injunksi. Jadi, itu sahaja.

    Titip pesan

    Dalam masa yang sama, bapa kepada seorang anak ini menitipkan pesan kepada orang ramai untuk berhati-hati dalam memuat naik apa saja hantaran di media sosial yang boleh memakan diri.

    “Pada saya, perkara tak elok seperti fitnah tak sepatutnya kita budayakan dalam masayarakat lebih-lebih lagi zaman media sosial yang mana kita boleh bercerita macam-macam perkara yang tak sahih.

    Selain kita terikat dengan undang-undang, dalam Islam juga tidak baik menyebarkan fitnah. Macam saya selalu sarankan, kalau ada benda tak baik nak cakap, jangan cakap.

    Kalau ada apa-apa masalah, saya ada pihak pengurusan yang jaga. Jadi, boleh saja berjumpa saya sendiri.

    Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh media sosial iaitu Nuraien Adilla Hasha Akhbar atau lebih dikenali sebagai Elcah, 29, dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, 29, menurunkan hantaran di Threads yang didakwa berunsur fitnah terhadap Fattah.

    MENARIK:  Kamal Adli Tidak Akui Menghadapi Masalah Waktu Panggilan, Siap Sedia Tiba di Lokasi Penggambaran - 'Rasanya Berulang-ulang'

    Menurut peguamnya, Mohd Faiz Iskandar Hamzah, permohonan injunksi sementara (ad-interim) difailkan Fattah diluluskan oleh Hakim Datuk Anand Ponnudurai.

    Untuk rekod, pada 26 Ogos lalu Fattah memfailkan saman terhadap pasangan tersebut berhubung kenyataan yang diterbitkan di Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos 2025.

    Kenyataan itu mendakwa Fattah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada pelakon Nur Fazura sehingga membawa kepada penceraian mereka.

    Fattah dalam tuntutannya juga memohon injunksi bagi menghalang pasangan terbabit daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah, selain menuntut permohonan maaf tidak bersyarat di semua akaun media sosial milik mereka.

    Pelakon itu turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan berjumlah RM5 juta.

    The post ‘Keputusan Hari Ini Adalah Amaran Untuk Tidak Menabur Fitnah Tanpa Bukti’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.