Selebriti versatil, Kelly Azman berasa berang dengan sikap segelintir netizen yang mendakwa dia sengaja menayang tubuh badan menerusi sebuah video di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sengaja tayang badan?
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, tujuan video tersebut dimuat naik sekadar mahu berkongsi rutin aktiviti senamam yang dilakukan tanpa sebarang niat lain.
Video saya tidak berbaju ketika bersenam di sebuah taman rekreasi menjadi kecoh dan menjadi bualan warganet di media sosial.
Yang tidak enak apabila ada yang kata saya sengaja menayang badan. Itu merupakan hal peribadi saya untuk melakukan rekreasi dan senaman. Tiada niat mahu tunjuk badan, sekadar aktiviti harian.
Ada juga yang komen tentang aurat. Di sini saya mahu tekankan semula mengenai aurat lelaki dan perempuan, tertanya ia berbeza. Jangan pertikai tentang aurat.
Tambah Kelly, dia perlu menurunkan berat badan untuk mendapatkan stamina bagi memudahkan urusannya melakukan kerja seni.
Kepada netizen yang suka mengutuk teruskan. Saya hanya berkongsi di laman sosial saya.
Saya juga dalam proses untuk menguruskan badan sekali lagi selepas berat badan naik mendedak selepas sebulan berhari raya.
Tujuan untuk turunkan berat juga untuk mendapatkan stamina yang kuat untuk saya lakukan aktiviti seni.