28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kelincahan B.I Memukau 3,000 Penonton Di Mega Star Arena, Berjanji Akan Kembali Ke Kuala Lumpur!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Umum mengetahui penyanyi K-pop, B.I telah mementaskan konsert solo pertamanya di Malaysia yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, semalam, di Mega Star Arena, KL.

    Tenaga yang luar biasa

    Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu ternyata berjaya memukau 3 ribu orang penonton yang hadir. Mana taknya, kelincahan B.I sewaktu menari hampir kesemua lagu sambil diiringi Padi DJ Show membuatkan semua penonton tak senang duduk sambil terlompat-lompat keriangan!

    B.I membuka persembahannya dengan lagu Michelangelo diikuti Alive, One and Only, Waterfall, Illa Illa, Loved, Numb, 4 Letters, BTBT, Keep Me Up, Got It Like That, Remember Me & Dare To Love.

    Persembahan B.I menjadi lebih bermakna apabila dia menampilkan artis di bawah syarikat rakamannya iaitu Leo sebagai penyanyi undangan konsert tersebut. Mereka berdua menyanyikan lagu Pretty Pizz. Sementara B.I menukar pakaian, Leo menghiburkan penonton dengan dua buah lagu iaitu Come Closer dan Farewell.

    Bahang kehangantan Mega Star Arena semakin bertambah apabila B.I kembali meneruskan persembahan dengan lagu Tasty, To Die, TTM, Flmae, Lover, Born Hater, Smoke, Nineteen, Die For Love.

    Sebelum mengakhiri persembahan, B.I dilihat turun dari pentas dan berjumpa dengan semua peminatnya. Ramai yang berpeluang merakam video dan foto bersama B.I sewaktu penyanyi tersebut berada di bawah.

    B.I sempat mengusik beberapa orang peminatnya dan mengajak mereka untuk menari bersama di atas pentas. Lebih tersentuh, tayangan video khas daripada peminat buat B.I turut disiarkan pada waktu itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Berikutan Kontroversi Iklan Terbaru HONOR, Permintaan Meningkat Untuk HONOR Magic V3!

    Di akhir slot persembahan, B.I menyanyikan beberapa buah lagu seperti All Shook Up, Beautiful Life, Cosmos, Encore Ment dan Re-Birth.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.