26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Kau Langgan Betina Dalam Telegram, Layan Bini Orang’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Rumah tangga pelawak terkenal Shuk Sahar kembali menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Fara Salleh meluahkan perasaan marah dan kecewa terhadap suaminya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Kau Nak Aku M*ti Ke?’ – Fara Salleh Desak Shuk Serah Dokumen Jantung

    ‘Busy jual diri dalam apps?’

    Menerusi perkongsian tersebut, Fara mendakwa Shuk mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa selain mendakwa lelaki itu berkelakuan tidak senonoh.

    Dalam masa yang sama, Fara turut memuat naik perbualan WhatsApp Shuk bersama seorang wanita yang didakwa merupakan isteri orang.

    Ke kau tengah seronok lupa tanggungjawab pada anak ni sebab busy jual diri dalam apps?

    Ke sebab kau busy melayan bini orang sampai lupa tanggungjawab kau? Sebab seronok atau kesunyian time single kan, sampai bini orang pun kau layan.

    Tidak terhenti di situ, Fara turut menolak tuduhan bahawa dia terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang didakwa Shuk. Sebaliknya, dia mendakwa Shuk sendiri pernah melanggan wanita menerusi aplikasi Telegram.

    Kau asyik panggil aku pelacur perempuan murah sebab kau sendiri langgan betina tu dalam telegram! Ilusi sampai takut dengan bayang bayang sendiri

    Meh sini kau buktikan pada semua netizen kalau aku pernah menjual diri menjual badan seperti mana kau pernah cakap aku ada video dalam telegram dengan kawan kau.

    ‘Kau ganggu mental aku’

    Fara yang berang dengan sikap Shuk yang dikatakan lari dari tanggungjawab turut mendakwa pelawak tersebut sengaja mahu melihat dirinya hancur selepas perceraian mereka.

    Kau ganggu mental aku non stop since aku cuba berlembut dan unblock kau tau.

    Spesis tak boleh tengok orang happy senang. Kau expect kau ceraikan aku kat sana kau biarkan aku settle semua sendiri dengan niat kau nak aku susah kau nak aku hancur! Kan? 

    Kau nak aku down kau nak aku sedih all the time kau nak aku hancur lah senang cerita supaya aku berlutut dekat kau merayu? Itu niat kau sebenar.

    Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.

    MENARIK:  Isteri Simpati Dengan Suami, Selepas Dua Tahun Pernikahan Masih Perawan

    Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

    Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

    Sumber: Instagram Fara Salleh

    The post ‘Kau Langgan Betina Dalam Telegram, Layan Bini Orang’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.