Pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo menyorot perhatian ramai apabila memuat naik hantaran istimewa bersempena hari ulang tahun kelahiran ke-25 pelakon jelita, Anna Jobling.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Melahirkan & Membesarkan Adik, Semoga Mama Diberkati & Dilindungi Allah’ – Anna Jobling
Karel ‘wish’ birthday Anna
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Karel dilihat memuat naik swafoto (selfie) dirinya bersama Anna.
Apa yang mencuri perhatian, Karel dilihat turut meletakkan emoji hati merah sambil menulis nombor 25 sinonim dengan ulang tahun kelahiran Anna.
Perkongsian tersebut semestinya menimbulkan lagi tanda tanya dalam kalangan netizen yang sebelum ini berteka-teki mengenai hubungan Karel dan Anna.
Sebelum ini, Anna tampil menjelaskan bahawa hubungan mesranya dengan Karel hanyalah hasil persahabatan yang telah lama dibina.
Posting Karel

Sumber: IGs Karel
The post Karel Susanteo Beri Emoji Hati Sempena Hari Jadi Anna Jobling first appeared on OHBULAN!.