25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
KEMPEN IKLANShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak Curi Tumpuan dengan Kecerdasan Luar Biasa, Berjaya Masuk Universiti Malaya pada Usia 12 Tahun

    Shopee CNY Sale



    Seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun mencipta sejarah apabila menjadi pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhan institut pengajian itu pada tahun 1962.

    Masuk UM di usia 12 tahun!

    Berita mengagumkan mengenai kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Iz Emir itu dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatimah Kari.

    Menurut Fatimah, Iz telah pun mendaftar sebagai pelajar bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di institut pengajian tersebut.

    Pelajar termuda mendaftar di UM sejak pertubuhan universiti itu pada tahun 1962.

    Adik Iz Emir berusia 12 tahun dan mendaftar sebagai pelajar bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

    Lebih mengagumkan ialah, Iz difahamkan pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada usia enam tahun bagi mempelajari subjek tingkatan satu.

    Pada usia (Iz) enam tahun, belajar subjek tingkatan satu UKM, menyambung pengajian O-Level pada usia lapan tahun dan pengajian A-Level pada usia 11 tahun.

    Sejarah tercipta, Alhamdulillah.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan kebijaksanaan Iz dan mereka turut menitipkan ucapan tahniah buat kanak-kanak itu.

    MENARIK:  Belum Pernah Melihat Pasangan Didakwa Kes Khalwat Tersenyum Di Mahkamah Selepas 10 Tahun Berkhidmat Di Agensi Agama

    Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dihadkan kepada beberapa pengguna Facebook sahaja selepas ada juga pihak yang seakan tidak bersetuju Iz melanjutkan pengajian ke UM seawal usia 12 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANShopee SaleShopee Sale

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.