Pasangan selebriti dan usahawan, Nadiyah Shahab dan Ben Ali memilih untuk kekal merendah diri meskipun jenama mereka usahakan, Absolut Events bakal melebarkan sayap ke London dan Brunei.
‘Kami pun bukan jenis menunjuk’

Pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, dan Nur Ali Nadzwan, 32, berkata ramai yang masih tidak tahu mereka sebenarnya merupakan penggerak utama di sebalik jenama tersebut.
Kami bukan jenis yang fikir pun apa orang fikir tentang kami. Ramai juga tak tahu Absolut ni kami punya, ramai yang ingat Nadiyah duta dan sebagainya.
Bagaimanapun, pasangan ini tetap memilih untuk kekal merendah diri dan enggan ambil pusing dengan pandangan orang luar.
Kami pun bukan jenis menunjuk dan kami sentiasa merendah diri supaya tak ada ‘mata merah’ tu.
Ditanya mengenai pencapaian mereka, pasangan ini meluahkan rasa syukur kerana mereka bakal melakar sejarah apabila Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR), bakal menembusi pasaran antarabangsa dengan penganjuran di London pada tahun 2026.
Tambah pasangan inu, pengalaman di Singapura pada tahun lalu menjadi titik tolak keberanian mereka untuk membawa jenama ini lebih jauh.
Kami dah rancang nak bawa Absolut ke London dari tahun lepas lagi tapi baru tahun ni ada rezeki, jalan tu terbuka.’
Untuk pertama kali tahun lepas kami pergi ke Singapura dan kami ke sana menggunakan dana sendiri.
Alhamdulillah, dapat sambutan yang baik dan sebab itu buatkan kami berani untuk pergi lebih jauh.
Ramai artis sertai

Pasangan ini juga mengakui terpaksa membelanjakan jutaan ringgit demi merealisasikan impian untuk membawa jenama mereka ke bumi London.
Kos nak ke London berjuta-juta dan setiap kali kami tengok invoice akan terkejut. Walaupun skala yang kecil tapi kos dia lima kali ganda dari apa yang dibelanjakan di Malaysia. Tapi dengan pertolongan ramai pihak, insyaAllah semuanya okay.
Tambah Ben lagi, kejayaan festival itu di luar negara turut bergantung pada komitmen vendor yang berani melabur meskipun kos penghantaran barangan amat tinggi.
Ramai juga vendor termasuk rakan artis yang sertai dan mereka sanggup melabur. Nak bawa barang dari Malaysia ke London makan kos agak tinggi. Sebab tu kebanyakan vendor yang dah kukuh dan mampu bayar semua kos.’
Buat masa sekarang fokus kami adalah Obsolut Bazar X Festival Gaya Raya. Kami nak buktikan jenama Malaysia boleh ke luar negara dan kami tak ada dapat mana-mana dana daripada kerajaan. Ini adalah 100% dana daripada kami sendiri.
Untuk info, festival Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) akan bermula di Bridex International Convention Centre, Brunei (27 Feb – 1 Mac 2026), diikuti Pulau Pinang (6–8 Mac, PICCA Convention Centre), sebelum kembali ke MITEC, Kuala Lumpur (13–16 Mac).
BxFGR kemudian bakal menembusi pasaran antarabangsa melalui Absolut Bazaar x MYExpo di Exhibition White City, London pada 2–3 Mei 2026, hasil kolaborasi dengan My Events International dan Absolut Events & Management.
The post ‘Kami Bukan Jenis Menunjuk’ – Nadiyah Shahab & Ben Ali Tak Hirau ‘Mata Merah’, Fokus Bawa Nama Malaysia Ke Dunia first appeared on OHBULAN!.