26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kami Akan Semak Jenama Sebelum Mendukung Kempen – Maryam Younaree

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Maryam

    Pempengaruh dan pelakon Maryam Younaree memberitahu dia dan suami, Rizal Ibrahim tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir membatalkan kontrak dengan sebuah jenama pro-Israel, baru-baru ini.

    Tak ambil masa lama

    Maryam

    Ketika ditemui OhBulan, Maryam berkata tindakan tersebut dibuat selepas dia menyedari jenama berkenaan menyumbang kepada Zionis.

    Apabila membabitkan isu ini (produk Israel), tidak perlu untuk bincang lama. Kami memang akan boikot dan batalkan kontrak serta merta. Malah kami memilih untuk tidak sambung kontrak dengan jenama pro-Israel.

    Apabila pihak pengurusan tanya saya mahu sambung kontrak dengan sebuah jenama tersebut atau tidak, terus saya jawab tak mahu.

    Perkara ini tidak perlu fikir lama pun, sebab ia adalah comman sense kan. Saya dan Rizal memang sepakat untuk batalkan kontrak.

    Maryam berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan penjagaan kulit, L.Soulle yang berlangsung di Velocity Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Pada majlis sama, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa turut diumumkan sebagai duta jenama L.Soulle.

    Semak terlebih dahulu

    L.Soulle

    Sementara itu, berkongsi lebih lanjut, Maryam berkata dia dan suami akan membuat semakan terlebih dahulu untuk setiap jenama sebelum bersetuju mengadakan kempen.

    Sejak daripada tahun lepas, apa sahaja kempen yang kami berdua terima perlu semak sebetul-betulnya adakah jenama tersebut diboikot atau tidak. Adakah ia berkait dengan Israel atau tidak.

    Daripada situ kami akan buat keputusan sama ada mahu ambil atau tidak. Tetapi kalau dah tahu ada kaitan dengan Israel, memang kami akan tolak.

    Untuk info, L.Soulle adalah jenama produk kecantikan penjagaan kulit yang bebas daripada bahan berasaskan haiwan dan ia berasal dari Korea Selatan.

    MENARIK:  Sabri Yunus Hanye Menjawab Pertanyaan Isteri dan Menolak Ambil Risiko - 'Lain Kali Tanya Ustaz'

    L.Soulle dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea dan antara produknya terdiri daripada lima jenis iaitu Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

    Produk Mist Toner dan Sun Cushion telah dipilih sebagai produk terbaik di anugerah ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan nombor satu Korea, ‘Hwahae’ dan turut menerima anugerah.

    L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.

    Pada masa yang sama, turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform e-dagang, Amazon.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.