Pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham mendedahkan akan mengambil keputusan berani dengan berhenti mengarah filem sekiranya filem Impak Maksima 2 yang bakal ditayangkan pada bulan ini tidak mendapat sambutan.
Artikel Berkaitan: ‘Papa Pesan Kalau Nak Jadi Pelakon Kena Ada Degree’ – Aydeel Idham
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahmad Idham Sanggup Berhabis RM200K Untuk Babak ‘Drift’ Filem Impak Maksima 2 – ‘Scene Itu Tidak Sampai Dua Minit’
Filem terakhir

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, berkata pada ketika ini dia perlu mengambil risiko untuk mengubah masa depan hidupnya.
Malah Idham berkata, disebabkan itu dia melihat filem Impak Maksima 2 sebagai peluang keemasan yang boleh menjadi pembakar semangat dalam kerjayanya.
Secara tersiratnya, memang saya letakkan bahawa kalau filem ini tidak menjadi, saya akan berhenti mengarah.
Sebab pada usia sekarang, saya berada dalam fasa ‘turning point’ kerjaya. Banyak risiko yang perlu saya ambil.
Jadi apabila diberi peluang untuk mengarah Impak Maksima 2, saya tahu saya perlu ambil peluang ini sebagai satu pembakar semangat untuk diri saya sendiri.
Idham berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan sidang media filem Impak Maksima 2 di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu, mengulas sama ada mahu berhenti mengarah filem atau tidak, Idham berkata dia hanya bergantung kepada kekuasaan Allah S.W.T.
Bagaimanapun, dia memilih untuk melakukan yang terbaik untuk menjayakan filem ini kerana jarang dapat peluang keemasan mengarah seperti ini.
Soal berhenti atau tidak, itu semua rezeki di tangan Allah.
Tetapi semangat itu yang saya bawa. Saya ingatkan diri sendiri, ‘Idham, kau kena pastikan filem ini menjadi sebab peluang macam ni dah lama kau tak dapat’.
Sejak tahun 2011, saya jarang dapat peluang mengarah filem bajet besar. Selalunya saya hanya terlibat dengan filem bajet sederhana.
Jadi Impak Maksima 2 bukanlah satu jalan biasa bagi saya ini luar dari kebiasaan.
Dalam perkembangan lain, filem Impak Maksima 2 ini dibintangi oleh Arfie Shah, Nelissa Nizam, Dynas Mokhtar, Fad Bocey dan Datuk Eizlan Yusof.
Filem tersebut akan menemui orang ramai di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini.
The post ‘Kalau Filem Impak Maksima 2 Tidak Menjadi, Saya Akan Berhenti Mengarah’ – Ahmad Idham first appeared on OHBULAN!.