28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kakak Dakwa Ippo Hafiz Pisahkan Isteri dan Anak Selama 77 Hari – ‘Ibu Kandung Tidak Tahu Keberadaan Anaknya’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    ippo

    Seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah kakak kepada penyanyi Ippo Hafiz tampil meluahkan rasa kecewa dengan sikap adiknya.

    Mungkir janji?

    Ippo Hafiz

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut mendakwa adik iparnya Fara Roslan telah dipisahkan dengan anak bongsunya sejak Februari lalu.

    Dalam masa yang sama, anak sulung mereka yang tinggal bersama Fara juga didakwa sudah lama tidak bertemu dengan Ippo.

    Apa perasaan kamu, Ippo?

    Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia 2 tahun 3 bulan telah diambil sendiri oleh bapanya (Ippo Hafiz) dari jagaan ibu, datuk dan neneknya pada 1 Februari 2024.

    Dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Feb 2024, namun dia telah memungkiri janji dan sehingga ke hari ini (77 hari) ibu kandung masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana dia tidak benarkan dan ibu kandung tidak tahu di mana anaknya tinggal.

    Anak sulung Ippo Hafiz yang berusia empat tahun ada bersama ibunya dan Ippo juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya. Bukan kerana isterinya tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab.

    Dalam pada itu, wanita tersebut juga mendakwa Ippo sukar untuk dihubungi selain meluahkan rasa kesal kerana menjadikan anak-anak sebagai mangsa keretakkan rumah tangga.

    Malah ketika hari raya baru-baru ini, isterinya telah cuba menghubungi dia namun panggilan tidak dijawab.

    Kalau dia tidak puas hati dan ada masalah dengan isterinya kenapa anak-anak yang dijadikan mangsa. Anak bongsunya ini sangat rapat dengan abangnya, kenapa perlu dipisahkan kasih sayang ini?

    Anak kecil ini masih perlukan pelukkan dan kasih sayang ibunya, apa haknya sebagai bapa untuk sekat dan halang?

    Wanita tersebut juga berharap agar setiap perbuatan yang salah dan zalim mendapat balasan yang setimpal oleh Allah SWT.

    Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan adik ipar saya. Saya doakan semoga semua urusan anda dipermudahkanNya dan semoga anda juga dapat berjumpa kembali dengan anak-anak secepat mungkin.

    Setiap perbuatan kejam dan zalim yang dilakukan pasti ada balasannya. Kalau tidak sekarang di akhirat nanti akan terima. Kepada sesiapa yang masih menyokong Ippo Hafiz memisahkan anak ini dan ibu kandungnya, ingat Allah larang, nabi pun larang. Kalau faham agama ikut apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Insya-Allah kita semua selamat.

    Sementara itu, pihak telah mencuba untuk mendapatkan maklum balas daripada penyanyi tersebut namun panggilan kami tidak dijawab.

    MENARIK:  Siti Nur Athirah Menerima Hukuman Penjara 30 Tahun Setelah Mengaku Bersalah Membunuh Temannya sendiri

    Terdahulu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

    Sekadar info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.