30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kai Hassan Diserang Penyakit Mistik, Ada Jin Datang ‘Menyinggah’ Dalam Badan – ‘Kulit Jadi Merah, Susah Tidur’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyampai radio, Kai Hassan berkongsi pengalaman menakutkan apabila terpaksa menanggung derita selama hampir tiga minggu akibat gangguan mistik.

    Artikel Berkaitan: Tak Tahan Bunyi Ketukan Pintu Setiap Malam, Lelaki Letak Kamera & Hasilnya… Nah ‘Dia’ Siap Mengintai!

    Kai diserang penyakit misteri

    Menerusi Instagram (IG), Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan memuat naik video dirinya yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Melaka.

    Dapat dilihat, Kai yang terbaring meniarap menjerit sambil menahan kesakitan ketika dirawat pengamal perubatan. 

    Menurut penyampai radio berusia 30 tahun itu, dia mula menyedari dirinya terkena gangguan selepas pulang daripada aktiviti perkhemahan di Janda Baik, Pahang pada Ogos lalu.

    Bulan lepas, selepas pulang dari camping di Janda Baik, pada minggu pertama keadaan masih baik, namun masuk minggu kedua saya mula mengalami kesukaran untuk tidur.

    Badan terasa panas terutama di bahagian leher, kulit pula timbul merah-merah, kemudian emosi saya menjadi cepat marah.

    Saya jadi tidak tenang dan ada juga ternampak kelibat sesuatu dalam rumah.

    Berkongsi mengenai pengalaman dirawat, Kai memaklumkan dia yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terkejut apabila menyedari suaranya bertukar persis suara seorang wanita.

    Nak kata mabuk memang tidak, tapi saya rasa seperti khayal dan separa sedar. Ketika menjerit pun saya tidak sedar langsung.

    Apabila kembali sedar, saya benar-benar terkejut melihat keadaan diri sendiri kerana suara saya berubah menjadi suara wanita.

    Isteri turut terkena tempias

    Dalam pada itu, Kai memaklumkan isteri tercinta iaitu Azna Anowar turut terkena tempias sehingga hubungan rumah tangga mereka mula renggang dan sering berlaku salah faham.

    Isteri saya pada awalnya mula berasa pelik kerana hal kecil pun saya akan cepat marah, malah sampai tahap maki hamun juga pernah berlaku.

    Dia sampai pernah mempersoalkan perubahan sikap saya, malah menyangka saya mempunyai orang lain.

    Sementara itu Kai menjelaskan bahawa gangguan yang dialami bukanlah berpunca daripada perbuatan sihir atau khianat, sebaliknya disebabkan jin yang ‘menyinggah’.

    Ustaz memaklumkan ada jin yang menumpang dalam badan saya.

    Alhamdulillah, ia bukanlah sihir yang dihantar oleh sesiapa, cuma disebabkan keadaan diri ketika itu yang lemah semangat, maka perkara tersebut mudah berlaku.

    Pada mulanya saya bimbang juga sekiranya ada musuh atau orang yang berniat tidak baik, tetapi syukur alhamdulillah tiada. Saya pun berdoa agar tidak mempunyai musuh.

    The post Kai Hassan Diserang Penyakit Mistik, Ada Jin Datang ‘Menyinggah’ Dalam Badan – ‘Kulit Jadi Merah, Susah Tidur’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Sherry Ibrahim Berjaya Memenangi Puncak Gunung Kinabalu

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.