28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Joe Flizzow Sentiasa Mempunyai Sikap Rendah Diri, Tidak Memerlukan Bodyguard Untuk Menemani – ‘Tiada Musuh Saya’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow memaklumkan dirinya tidak memerlukan khidmat pengawal peribadi meskipun sudah berkecimpung dalam industri seni lebih 20 tahun.

    Amal sikap rendah diri

    Ketika ditemui , Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak berpendapat, mungkin sikap rendah diri yang diamalkannya terhadap semua pihak menjadi kunci utama buatnya untuk bertahan sehingga ke hari ini.

    Tambah pelantun lagu ‘Sunyi’ itu lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang musuh dan akan sentiasa berbuat dengan semua pihak.

    Apa yang saya tahu dan diajar selama ini supaya sentiasa bersikap rendah diri. Dari dulu hingga kini, saya keluar tanpa pengawal peribadi kerana saya tiada musuh.

    Dalam industri kalau nak pergi jauh, pelaburan paling penting adalah sifat rendah diri dan menjaga hubungan baik dengan semua orang.

    Tak kiralah jurutera bunyi, penjaga lampu atau penjual air sekalipun perlu dilayan dengan baik.

    Ada artis hanya berkawan dengan artis sahaja, tapi mereka tidak baik dengan jurutera bunyi. Tak bolehlah begitu kerana kita pasti akan berjumpa dalam projek lain.

    Joe berkongsi perkara berikut ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Divas & Diamonds 2024, baru-baru ini.

    MENARIK:  Anggota Tentera Pangkat Koperal Terbunuh Ditembak Pemburu Haram Semasa Latihan

    Dalam pada itu, penyanyi rap yang terkenal dengan jolokan ‘The President’ berpendapat penyanyi yang mahu kekal lebih lama di dalam industri hiburan perlu menghasilkan karya dan lagu yang bagus.

    Tiada jalan pintas, tapi pastikan lagu kena bagus. Sesiapa pun walau tiada nama sekalipun kena ada lagu dan produksi yang bagus, tak boleh ambil jalan mudah.

    Insya-Allah, bila kita rendah diri dan kerja keras, akan ada peluang untuk semua.

    Tak semua lagu saya mencapai hits, tapi apa yang penting kena sabar dan tak cepat putus asa sehingga saya sendiri tak menyangka lagu Satu Malam Di Temasek boleh bertahan 15 minggu dalam carta.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.