25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Jenaka Saya Mungkin Tak Menghibur, Tetapi Jangan Kecam – Ebby Yus

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelawak berpengalaman, Ebby Yus mendedahkan dirinya takut menerima kecaman daripada para penonton sekiranya lawak jenaka yang disampaikan di atas pentas tak ‘sampai’ ke hati mereka.

    Takut rating show merudum

    Ketika ditemui , Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata dia takut dirinya yang menjadi punca ‘rating’ bagi rancangan tersebut jatuh merudum.

    Apabila saya dijemput untuk menyertai mana-mana rancangan sitkom yang dilakukan secara langsung di hadapan penonton, saya selalu cakap, ‘Tak apa kalau tak puji lawak jenaka saya tetapi jangan kecam’.

    Saya sebenarnya sangat takut kalau lawak jenaka saya yang mungkin tidak berapa bagus itu menerima kecaman daripada penonton.

    Saya takut bukan sebab risau saya akan jadi ‘down’ tapi saya risau kalau-kalau kecaman itu akan membuatkan rating rancangan tersebut jatuh sebab saya.

    Dan kalau jadinya begitu, saya pasti akan tarik diri.

    Tambah Ebby, dia sedia memaafkan mana-mana pihak yang memberikan kritikan dan komen terhadap lawak jenaka yang dilakukannya.

    Saya okay saja dan sama sekali tidak kisah dan ambil hati.

    Mereka nak kata apa pun kepada saya waima mereka belum berkata apa-apa kepada saya sekalipun, saya sudah sedia memaafkan.

    Kadang-kadang saya selalu cakap, ‘Kau belum lahir lagi pun aku dah maafkan kau dah’.

    Ebby berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Daiyan Trisha Di Kritik atas Kongsi Bukti Derma RM100,000 - Setiap Individu Punya Cara Sendiri

    Dalam pada itu, pelawak berusia 58 tahun meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat tawaran untuk bersama-sama menjayakan sitkom ‘Sepahtu Reunion Live’ meskipun dia mempunyai masalah kesihatan.

    Rezeki buat saya apabila mereka memilih saya sebagai salah seorang peneraju bagi sitkom tersebut walhal ramai lagi pelawak yang lebih bagus berbanding saya.

    Saya rasa sangat bersyukur kerana masih diberi kepercayaan meskipun saya sebenarnya tak pernah sangka masih mendapat tawaran daripada mereka.

    Tapi bila dapat tawaran itu saya selalu cakap pada ahli kumpulan Sepahtu, ‘Korang semua yakin ke dengan aku? Komedi yang aku bawa dah tak macam dulu’.

    Tapi mereka selalu beri saya semangat untuk buat persembahan secara langsung atas pentas.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.