Setelah sekian lama menanti kelahiran, pelakon dan pengacara iaitu Janna Nick memaklumkan dirinya ketika ini memilih untuk menjauhkan diri dalam dunia hiburan buat seketika.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’
Nak fokus dapatkan zuriat
View this post on Instagram
Menurut Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, keputusan itu diambil kerana mahu memberikan sepenuh fokus kepada usaha untuk menimang cahaya mata selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Dini Schatzmann.
Sekarang ini kalau orang tengok Janna Nick macam dah tak ada.
Tak ada, saya memang kalau boleh fokus saya bukan lagi dalam industri hiburan.
Fokus saya memang untuk dapatkan zuriat. Kalau ada, insya-Allah.
Janna berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam program wawancara TV3, Helo Doktor yang dikendalikan pengacara, Adriana Adnan.
Terbuka bagitahu tengah TTC
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Janna yang menyedari isu kehamilan sering menjadi isu sensitif, memilih untuk berkongsi secara terbuka mengenai dirinya yang kini dalam fasa ‘Trying To Conceive’ (TTC).
Ujar pelakon drama ‘Leftenan Zana’ ini, dia tidak mahu terasa hati dengan pertanyaan atau kata-kata orang sekeliling mengenai isu tersebut.
Saya memang aktif bagitahu kepada orang yang saya tengah TTC supaya orang ‘aware’ dam elak daripada bertanya sebab saya tengah cuba.
Bila kita tak bagitahu, orang bertanya, kita akan terasa.
Kita kena bagitahu, ‘Saya tengah cuba mak cik, sabar’.
Sekadar info, Janna mendirikan rumah tangga bersama Dini pada 10 Jun 2023.
Sumber: IG Helo Doktor TV3
The post Janna Nick Fokus TTC, Perlahan Berlakon first appeared on OHBULAN!.