Penyanyi, Shila Amzah menepis tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan hubungannya bersama ibu, Fauziah Sarman tidak begitu baik selepas satu pendedahan yang dibuatnya menerusi podcast ‘Kita Kita Aje! Podcast’, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dedah Titik Terendah Dalam Hidup Ketika Insiden Lari Rumah – ‘Saya Cuba Selamatkan Diri’
Shila sayang ibu

Menerusi Threads, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah menegaskan bahawa dia sangat menyayangi ibunya dan hubungan mereka ketika ini jauh lebih rapat berbanding dulu.
Saya sayang mak saya, saya minta tolong jangan dengar podcast itu seolah-olah hubungan kami tak okay.
Realitinya, kami makin rapat meskipun banyak perkara berlaku di masa lalu.
Perkongsian sekadar pengajaran
Ujar Shila, apa yang dikongsikan menerusi podcast itu bukanlah untuk aib tetapi sebagai pengajaran kepada penonton.
Perkongsian saya hanya sebagai tauladan, tiada manusia yang sempurna. Menjadi ibu bapa tidak mudah.
Ibu saya berkahwin muda dan di usia 29 tahun dah mempunyai empat orang anak.
Tolong kirimkan kasih dan sayang anda kepada mak saya, dia juga perlukan kerana ‘healing’ bukan satu proses yang mudah untuk dihadapinya.
Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan.
Terdahulu, Shila menyorot perhatian ramai apabila berkongsi titik terendah dialami sebelum dirinya mendirikan rumah tangga ketika menjadi tetamu di sesi podcast yang dikendalikan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Kongsi Shila, insiden lari rumah yang berlaku pada 2013 lalu merupakan detik hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya sehingga memerlukan dirinya bergantung kepada ubat-ubatan untuk menenangkan diri.
Threads Shila Amzah

Sumber: TikTok, Threads
The post ‘Jangan Dengar Podcast Seolah Kami Tak Okay, Saya Sayang Mak Saya’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.