26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Jamal Abdillah Menyokong Zaki Yamani di Universiti dengan Memberi Sokongan Kewangan – ‘Tanggungjawab Sebagai Seorang Ayah Akan Dilaksanakan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi berpengalaman, Datuk Jamal Abdillah sedia membiayai perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta.

    ‘Itu tanggungjawab saya’

    Ketika ditemui , Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkata meskipun Zaki memilih untuk membayar sendiri yuran pengajiannya, dia tetap akan menghulurkan bantuan kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

    Sebagai seorang ayah yang tak mahu mengeruhkan keadaan dan bersabar. Saya ada tanya dia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tiada jawapan.

    Saya dengar dia mahu melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS tetapi mungkin tak boleh sebab dia perlu mahir bermain alat muzik.

    Dan kini dia dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, itu yang saya dengarlah. Saya ikutkan saja dan kalau untuk belajar, saya akan tanggung.

    Kalau Zaki perlu bantuan, saya akan beri. Tanggungjawab saya sebagai seorang ayah akan diteruskan.

    Jamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada petang Isnin.

    Tak nak beri tekanan

    Sementara itu, pelantun lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ memaklumkan dirinya tidak mahu masuk campur mengenai urusan kursus pengajian yang dipilih Zaki kerana tidak mahu anaknya itu tertekan jika berbuat demikian.

    Saya ada dengar tentang Zaki sambung belajar daripada datuk dan nenek dia. Saya sendiri pun tak dapat khabar berita daripadanya.

    Saya faham situasi ini, rumah dan ibu lain. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan dan enggan dia stres atau tertekan, saya biarkan.

    Setakat ini memang saya mengikuti perkembangan hidup mereka. Namun, kalau untuk belajar, memang saya akan tanggung.

    Terdahulu, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di sebuah universiti swasta.

    MENARIK:  'Anak-Anak tidak Patut Menjadi Sebab Untuk Menyelamatkan Hubungan' - Diana Danielle

    Tambah Zaki, dia juga tidak memberitahu mengenai perkara itu kepada Jamal.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.