28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Jaclyn Victor Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan – ‘Tak Dihebohkan Kerana Faktor Usia & Bersifat Peribadi’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui sedang di dalam fasa bahagia selepas melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama lelaki pilihannya iaitu Calvin T. Samuel.

    Artikel Berkaitan: Enam Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Jaclyn Victor Kini Sah Isteri Calvin Samuel..Pilih 25/5/25 Sebagai Tarikh Keramat

    Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Gembira Bekas Suami Jumpa Pengganti – ‘Saya Doakan Dia & Isteri Bahagia’

    Kini bahagia

    Ketika ditemui , Jaclyn atau nama lengkapnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor gembira apabila ditemukan dengan lelaki yang sepadan selepas enam tahun bergelar ibu tunggal.

    Setakat ini saya baik-baik sahaja dan saya merasakan berada di dalam kehidupan yang gembira.

    Tidak selalu kita akan berjumpa dengan individu yang boleh serasi dengan kita dan boleh terima kita seadanya.

    Namun, saya tidak boleh terlalu selesa dengan perkahwinan dan perlu memastikan perhubungan itu sentiasa baik.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun itu menjelaskan bahawa dia memilih untuk merahsiakan perkahwinan tersebut kerana faktor usia dan ia bersifat peribadi.

    Bukan saya mahu berahsia tapi kerana usia saya sudah begini apatah lagi ini bukan perkahwinan pertama saya. 

    Biarlah itu menjadi perkara peribadi, sesuatu yang baik untuk saya namun bukan saya tidak mahu beritahu semua orang. Memang malam itu (majlis resepsi) saya tahu kawan-kawan saya akan muat naik di media sosial.

    Saya rasa tidak perlu nak dihebohkan, saya memilih untuk menyimpan hal peribadi.

    Jaclyn berkata demikian semasa ditemui pada  sidang media Konsert Eternal Love – Timeless Romance Bunga Citra Lestari yang berlangsung di Imperial Lexis Kuala Lumpur pada Isnin. 

    MENARIK:  Kelly Azman Menyediakan Video Bersenam Untuk Tujuan Kesihatan, Jangan Pertikai Tentang Aurat

    Sifat suami 

    Bercerita lanjut, Jaclyn berkongsi bahawa dia tertarik dengan lelaki berasal dari Barbados itu kerana keperibadiannya yang turut disenangi anak-anak.

    Saya suka lelaki tall, dark and handsome. Dia seorang yang baik dan tenang. 

    Saya suka dia layan anak-anak saya. Dia banyak habiskan masa mereka.

    Hubungan saya dan dia pun tidak rasa kekok.  Dia adalah seorang pendengar yang baik dan senang untuk berkomunikasi.

    Dalam pada itu, Calvin yang juga seorang paderi turut memberitahu detik awal perkenalan mereka yang berputik ketika bertemu di sebuah majlis amal.

    Kami bertemu dua tahun lalu ketika saya cuti sabatikal. 

    Saya menghadiri ke sebuah acara di mana Jaclyn membuat persembahan. Itu adalah kali pertama kami bertemu.

    Saya suka semuanya tentang Jaclyn dan dia adalah seorang yang merendah diri dan dia sangat menakjubkan.

    Untuk rekod, pelantun lagu Ikut Rentakku itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014. Namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.

    The post Jaclyn Victor Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan – ‘Tak Dihebohkan Kerana Faktor Usia & Bersifat Peribadi’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.