24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [Isteri Hamil] Hafidz Roshdi Beri Pandangan – ‘Orang Akan Nampak Sendiri Perubahan Tu’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi berita kehamilan isterinya, Athira Yuhada kepada umum.

    ‘Buat masa ini, saya belum bersedia berkongsi’

    Ketika ditemui , Hafidz atau nama sebenarnya Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, berkata, dia tidak akan menyembunyikan berita gembira itu namun meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat.

    Buat masa ini, saya belum bersedia berkongsi. Kalau ada saya tak akan sembunyikan, mungkin orang ramai boleh nampak sendiri perubahan isteri saya di media sosial.

    Apabila ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan perkongsian videonya bersama isteri di TikTok, Hafidz berkata dia tidak mengambil kisah dengan perkara tersebut malah akui isterinya itu juga faham dengan lumrah sebagai seorang selebriti.

    Saya akan cuba kurangkan. Suka atau tidak, ini adalah asam garam perlu dilalui sebagai selebriti.

    Alhamdulillah, isteri faham dan tak melatah apabila turut menjadi mangsa. Lagi pun saya tak baca komen dan dah hampir setahun tutup ruangan komen di media sosial.

    Walau bagaimanapun, Hafidz akui sebagai anak dia sedih apabila ibu bapanya turut menjadi mangsa fitnah tetapi tidak berhasrat untuk mengambil tindakan.

    Bagi saya, kalau orang sudah tak suka memang akan tetap tak suka, jadi tiada guna saya bersoal jawab dengan mereka.

    Ini adalah lumrah kehidupan, tak semua orang suka, ia tak sedikit pun mempengaruhi saya untuk tinggalkan bidang lakonan.

    Untuk rekod, Hafidz Roshdi berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023. Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.

    MENARIK:  Diana Rafar Mengenang Kembali Perceraian dengan Zamarul Hisham - 'Allah Sebut Tiang Arash Bergegar'

    Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.