26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Inteam Terhibur Tengok Parodi Kreatif Netizen

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Kumpulan nasyid, Inteam, meluahkan rasa terharu dan teruja apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat susulan pengumuman mengenai Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 28 September 2025 di IdeaLive, Petaling Jaya.

    Inteam core

    Menurut anggota kumpulan itu yang terdiri daripada Hazamin, Syahril, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim, mereka sama sekali tidak menjangka nama Inteam menjadi tular sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

    Bukan itu sahaja, warganet turut mencipta pelbagai parodi menarik dan menghiburkan serta mengaitkan dengan konsert yang bakal berlangsung itu. 

    Kami tak menyangka akan mendapat perhatian seperti ini daripada orang ramai. Tiga empat hari ni memang kami selalu senyum depan telefon. 

    Semua Inteam core atau parodi sangat kelakar. Kami rasa gembira dengan apa yang diorang buat.

    Mereka turut berkongsi rasa teruja kerana pada usia mencecah 45 tahun, fenomena ‘viral’ seperti ini memberi nafas baharu kepada karier seni mereka.

    Sebenarnya kami pun tak sangka di usia 45 tahun ni, kami kembali melalui situasi seperti ini. 

    Tapi seronok bila tengok orang ramai mengaitkan semua benda dengan konsert Inteam seperti kereta Avanza, kayu sugi dan macam-macam lagi.

    Dalam pada itu, Inteam berharap momentum daripada orang ramai akan terus berkekalan hingga ke hari konsert yang berlangsung pada 28 September nanti.

    Inteam juga memaklumkan mereka sedang berusaha untuk memberikan ‘goodies bag’ kepada penonton yang hadir namun masih dalam perancangan. 

    Kalau ada persatuan Avanza yang berkonvoi juga kami okey, tiada masalah.

    Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun bakal menampilkan lebih 25 buah lagu nostalgia serta beberapa artis jemputan termasuk penampilan anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad.

    MENARIK:  Aslam Sahkan Kematian Anak – 'Jangan Buat Spekulasi atau Hukum Sewenang-wenang'

    Tiket baharu akan mula dijual pada 14 Jun 2025 melalui http://www.kasihkekasih.com.

    The post Inteam Terhibur Tengok Parodi Kreatif Netizen first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.