Pelakon Intan Najuwa meluahkan pandangannya berhubung peranan suami sebagai penyedia (provider) dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong – ‘Kereta Atau Kapal Terbang, Semua Paranoid’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Suami provider?

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Intan berkongsi bahawa sebelum berkahwin, dia dan suami telah pun berbincang secara terbuka tentang pelbagai perkara penting berkaitan masa depan mereka sebagai pasangan.
Kebelakangan ini, banyak topik diperkatakan tentang peranan suami sebagai penyedia. Sebelum saya berkahwin, saya dan suami pernah berbincang tentang perkara ini, lebih kepada bagaimana kami akan menguruskan kehidupan bersama.
Tambah pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini lagi, perbincangan mereka bukan sekadar tertumpu kepada soal perkahwinan semata-mata, tetapi juga meliputi gaya keibubapaan serta cara mereka ingin mendidik anak-anak kelak.
Kami betul-betul berbincang tentang perancangan masa depan, gaya keibubapaan, dan bagaimana kami mahu membesarkan anak-anak nanti.
Ya, saya memang jenis yang suka berfikir jauh ke hadapan, seratus langkah ke depan. Bagi saya, perkahwinan bukan sekadar tentang cincin, tapi tentang kehidupan yang kami bina bersama.
Intan turut menitipkan pesan agar wanita tidak hanya menyokong kejayaan pasangan, tetapi pada masa sama membina kejayaan sendiri dan tidak mengabaikan diri.
Sokong empayar suami, tapi jangan lupa bina empayar sendiri juga dan jangan sesekali hilang diri sendiri.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Imane Lunara.
Sumber: Threads Intan Najuwa
The post Intan Najuwa Ulas Isu Suami ‘Provider’ – ‘Sebelum Kahwin, Kami Dah Bincang Tentang Masa Depan & Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.