Sempena Kempen Ramadan Raya Macam Dulu-Dulu 2024 TV3, satu karakter AI yang dikenali sebagai Aiman Iskandar telah dilancarkan bagi memeriahkankan lagi sambutan bulan puasa dan juga Syawal yang bakal tiba nanti.
Karakter ini dicipta bertujuan untuk memberikan hiburan dan perkongsian ilmu kepada penonton.
Ilmu dan hiburan
Â
View this post on Instagram
AI (Aiman Iskandar) merupakan salah satu wajah yang muncul bersama Keluarga Kempen RaRa Macam Dulu-Dulu yang terdiri daripada daripada pelakon-pelakon hebat iaitu Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee dan Mika Safiya.Â
Pelancaran AI bagi kempen kali ini adalah untuk memberi pendedahan dengan pendekatan yang lebih unik menerusi bacaan niat puasa harian, doa berbuka puasa dan banyak lagi.
Dalam pada itu, karakter yang dicipta ini sedikit sebanyak dapat menarik minat terutamanya kanak-kanak untuk membaca dan menghafal doa serta niat sepanjang mengerjakan ibadah di bulan Ramadan.
Bukan itu sahaja, golongan dewasa juga akan tertarik dengan AI yang diperkenalkan ini kerana wajahnya yang sangat realistik dan seakan sama seperti manusia sebenar!
Nantikan pelbagai lagi konten yang menarik daripada Aiman Iskandar di Instagram dan Facebook TV3 Malaysia serta di Tiktok akaun Aiman Iskandar.
Nak tambah ilmu dan lebih hiburan? TV3 dan Tonton ada pelbagai rancangan yang menarik di sepanjang bulan Ramadan ini seperti Apa Nak Masak Ni?, Jom Berbuka, Oh Mummy! Tidak ketinggalan juga drama-drama seperti Iskandar Chempaka, Wanita Syurga, Lelaki Itu, dan banyak lagi!Â