Sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen, pelakon Nina Iskandar kini bergelar usahawan dan tampil dengan sebuah jenama kecantikan, Skandarl Beauty.
Percaya pada diri
Pelakon berasal dari Brunei itu, baru-baru ini terbang ke Malaysia secara eksklusif bagi memperkenalkan serum bibir berwarna sebagai produk sulungnya.
Menurut Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, dia mengambil inspirasi daripada pengasas-pengasas jenama antarabangsa yang terdiri daripada kaum hawa.
Skandarl adalah hadiah kecil dari hati saya untuk semua wanita yang mungkin telah terlupa betapa indahnya diri mereka. Saya juga pernah berada di tempat itu.
Inspirasi saya adalah daripada jenama-jenama besar antarabangsa, yang mana di belakangnya adalah seorang wanita.
Saya percaya jika mereka boleh lakukan, maka saya pun boleh buat perkara yang sama.
Walaupun mengakui pada awalnya kurang yakin dengan diri sendiri, namun pelakon berusia 34 tahun tersebut tetap berazam untuk meneruskan perniagaannya.
Tak dinafikan rasa takut itu ada namun saya tanamkan dalam diri saya, biar susah sekarang dan senang dikemudian hari.
Segalanya saya tempuh sahaja dan saya bertanggungjawab untuk menjalankannya dengan baik.
Nina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk tersebut yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel.
Rawat bibir
Mengulas lanjut, ibu kepada seorang anak ini mahu setiap wanita bukan sahaja kelihatan cantik malah mereka juga perlu menjaga kesihatan bibir.
Lip serum ini bukan hanya untuk kecantikan semata-mata tetapi ia juga adalah produk penjagaan.
Saya lihat kebanyakan bibir para wanita di luar sana keadaannya tidak begitu baik.
suka memakai gincu dan lip matte tetapi tidak menggunakan sebarang produk untuk merawat bibir.
Untuk info, majlis pelancaran yang berlangsung turut diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia.