Pernah tak korang tengok video influencer tengah shoot, tiba-tiba anak mereka menyelit masuk? Mesti kelakar dan relatable, kan?
Tapi baru-baru ni, ada beberapa influencer terkenal yang bukan setakat terganggu, mereka terus stop rakam lepas tu berlalu pergi. Macam pelik je…
Lepas beberapa hari, baru mereka buka cerita. Rupa-rupanya, mereka sengaja hentikan filming tu sebab nak spend masa main dengan anak-anak!
View this post on Instagram
Semua ni sebahagian daripada kempen Hidupkan Dunia Si Manja oleh Dutch Lady, yang nak ajak ibu bapa untuk lebih utamakan #JomKreatifPlaytime berkualiti.
Cabaran ibu bapa zaman sekarang: ‘Play Crisis’ di kalangan kanak-kanak?
Dalam dunia digital dan hidup yang makin sibuk ni, ramai ibu bapa tak sedar yang anak-anak sekarang alami ‘Play Crisis’.
Padahal, main ni bukan sekadar suka-suka, ia bantu anak-anak jadi lebih kreatif, tahan cabaran, dan pandai selesaikan masalah.
Tanpa playtime yang cukup, perkembangan otak dan sosial mereka boleh terganggu. Anak-anak perlukan lebih banyak peluang untuk explore dan belajar melalui play, bukan sekadar bergantung kepada skrin.
Jadi, dah tiba masa untuk kita ubah dan beri keutamaan kepada sesi bermain yang berkualiti dan kreatif bersama anak-anak.
Kali ni Dutch Lady ambil langkah untuk ‘Hidupkan Dunia Si Manja’ melalui #JomKreatifPlaytime
Sebagai jenama Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak yang terkemuka di Malaysia, Dutch Lady ingin menjadi penggerak perubahan dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bermain secara kreatif dalam kehidupan anak-anak.
Menerusi kempen #JomKreatifPlaytime, Dutch Lady mengajak ibu bapa untuk lebih memberi ruang kepada anak-anak untuk bermain secara bebas dan kreatif.
Kalau korang nak tahu, kempen ini turut mendapat sokongan daripada beberapa selebriti dan influencer terkenal di Malaysia yang bersatu dalam usaha menggalakkan ibu bapa untuk lebih menghargai masa bermain dengan anak-anak mereka.
Main kena best, nutrisi pun kenalah cukup!
Sebenarnya, nutrisi pemakanan berkait rapat dengan keupayaan anak-anak bermain secara kreatif.
Sebab itulah Susu Tepung Rumusan Kanak-Kanak Dutch Lady berperanan penting menyediakan nutrien yang diperlukan untuk menyokong Minda Cergas.
Kandungan 5X DHA* membantu perkembangan otak kanak-kanak supaya mereka lebih peka dan fokus dalam setiap aktiviti.
Ia turut mengandungi Vitamin C dan D serta Zat Besi** untuk menyokong daya ketahanan badan.
Bila anak sihat dan cukup nutrisi, barulah mereka boleh enjoy playtime sepenuhnya!
Jom serbu acara playtime Dutch Lady pada 19 Julai 2025!
Sebab Dutch Lady tahu betapa pentingnya creative playtime, mereka akan buat satu acara khas pada 19 Julai 2025.
Ia memberi peluang kepada anak-anak untuk berinteraksi dan bermain dengan cara yang menyeronokkan.
Ada macam-macam aktiviti best untuk anak-anak dan parents explore dunia playtime yang bebas dan kreatif.
Creative play ni maksudnya bagi anak-anak peluang untuk guna imaginasi mereka sepenuhnya. Contohnya melakonkan watak (pretend play), buat bangunan dengan blok, melukis, atau bermain secara kreatif dengan alam semula jadi di luar rumah.
Jangan lepaskan peluang ni untuk spend masa berkualiti dengan si manja dalam suasana yang fun gila!
Masa untuk Hidupkan Dunia Si Manja! #JomKreatifPlaytime
Jom mulakan perubahan hari ini dan pastikan anak korang dapat bermain secara kreatif sambil mendapat nutrisi terbaik daripada Susu Tepung Rumusan Kanak-Kanak Dutch Lady!
Klik SINI untuk maklumat lanjut. Beli produk Dutch Lady melalui Shopee SINI.
*Berbanding dengan formulasi susu tepung kanak-kanak sebelumnya (Tahun 2009).
**EFSA Journal 2015:13(11);4298, ‘Vitamin C dan sumbangannya kepada fungsi normal sistem imun.
**EFSA Journal 2015:13(7):4182, ‘Vitamin D dan sumbangannya kepada fungsi normal sistem imun.
**EFSA Journal 2016:14(7):4548, ‘Zat besi dan sumbangannya kepada fungsi normal sistem imun.