Pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Aisha Retno bakal mengadakan persembahan di Java Jazz Festival di Indonesia.
Java Jazz Festival
Â
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Aisha memaklumkan bahawa dia akan mewakili tanah air ke negara seberang dalam festival muzik berkenaan yang dijadualkan bakal berlangsung pada Mei hadapan.
Menurut Aisha ia merupakan antara pencapaian yang membanggakan dalam kerjaya seninya.
Alhamdulillah! Mewakili Malaysia untuk Java Jazz Festival pada 24-25 Mei 2024 di Indonesia. Ini merupakan impian besar yang menjadi kenyataan untuk tampil di salah satu festival jazz terbesar di Jakarta, Indonesia.
Saya hilang kata-kata dan masih berasa kagum. Ini adalah untuk keluarga dan rakan-rakan saya terutama para penyokong saya, baik di dalam mahupun di luar Malaysia yang menyokong karier muzik saya selama 4 ke 5 tahun ini.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini meluahkan rasa syukur dan sama sekali tidak menyangka akan dilamar untuk menjadi salah seorang penyanyi pada festival tersebut.
Ketika saya mendengar berita ini dari @arieeanggara dia menghubungi saya dan berkata ‘kamu mahu tampil di Java Jazz Festival tahun ini?’
Saya bersama ibu saya menjawab, ‘Ya Allah, Alhamdulillah tentu saja!’
Festival yang ibu saya perkenalkan kepada saya ketika saya masih kanak-kanak, akhirnya 10 tahun kemudian saya akan berada di festival yang sama juga. Sungguh indah perancangan Allah.
Terima kasih lagi Kak Arie, team Java Jazz Festival yang telah memilih saya untuk bergabung dan menjadi sebahagian dari festival ini. Jumpa kalian pada 25 Mei di Jakarta!
Menjengah ke ruangan komen, berita gembira yang dikongsikan Aisha itu mendapat perhatian rakan seindustri antaranya Elly Mazlein, Anuar Zain dan Alif Satar yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya.