Selama ni, pengguna Android dan iPhone macam duduk di dua dunia berbeza. Nak hantar gambar pun susah.
Pengguna iPhone boleh AirDrop sesama sendiri dengan pantas dan senang, tapi bila nak share fail ke Android… fuhh, siap kena guna Telegram, WeChat, atau muat naik ke Cloud dulu.
Lepas tu nak muat turun balik, makan masa, tenaga dan kadang-kadang data pun habis. Tapi semua tu bakal jadi sejarah!
HONOR perkenal HONOR Connect – Buka jalan untuk dunia tanpa sempadan OS

HONOR kini muncul sebagai jenama pertama di luar China yang memperkenalkan fungsi pemindahan fail rentas sistem operasi (cross-OS), antara iOS, Android dan Windows.
Tak kisah pakai iPhone, Android, atau laptop Windows, semuanya boleh berhubung tanpa drama!

Dengan adanya HONOR Connect, korang boleh hantar fail, gambar, video dan dokumen antara iPhone ke HONOR MagicBook Pro 14 dengan dua hala!
Cuma install aplikasi HONOR Connect di iPhone atau iPad, dan siap. Fail boleh terus dipindahkan ke laptop HONOR atau telefon pintar HONOR.
Buat masa sekarang, fungsi ini tersedia pada siri HONOR 400, HONOR Pad 10 dan HONOR MagicBook Pro 14, dan akan diperluas ke peranti HONOR lain tak lama lagi.
Ini bukan saja mudahkan kerja, malah boleh jadi game-changer untuk pengguna yang selalu berpindah antara pelbagai peranti.
HONOR MagicBook Pro 14, rekaan slim, prestasi maksimum!

Bercakap pasal HONOR MagicBook Pro 14, laptop ini memang all-in-one package untuk pelajar, profesional atau sesiapa yang inginkan prestasi tinggi dalam peranti yang ringan.
Dengan harga RM4,999, HONOR MagicBook Pro 14 tawarkan:
- Bateri 92Wh – paling besar dalam kelas 14-inci. Boleh tahan sampai 12 jam penggunaan biasa
- Fast-charging 100W SuperCharge – 47% cas dalam 30 minit sahaja, penuh dalam 68 minit.
- Rekaan slim & ringan – Berat cuma 1.37kg dengan ketebalan hanya 15.9mm.
- Rekaan eksklusif ‘Vine-leaf Curves’ – Sentuhan premium dengan kemasan putih bertekstur pearl electrophoresis.
- Dual-mode cooling system – Sistem penyejukan canggih dengan prestasi lebih mantap untuk kerja berat dan gaming.
Dengan kapasiti 32GB RAM dan 1TB SSD, laptop ni memang sesuai untuk kerja heavy duty seperti video editing, graphic rendering, gaming dan multitasking yang lancar.
Jualan rasmi bermula sekarang!

Berita baik untuk korang! HONOR MagicBook Pro 14 sudah mula dijual bermula 13 Jun 2025, dengan bundle menarik yang korang boleh dapatkan seperti:
- Microsoft 365 Personal (1 tahun, pre-installed)
- Backpack HONOR eksklusif (bernilai RM508)
Semua ni boleh didapati pada harga RM4,999 sahaja!
Nak tahu lebih lanjut? Layari laman rasmi HONOR Malaysia di http://www.honor.com/my
The post HONOR Permudah Transfer Fail Antara iOS & Android! first appeared on OHBULAN!.