Isteri pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri menzahirkan luahan menggambarkan ketabahan serta keyakinan terhadap perancangan Allah.
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Macam Baru Kahwin Semalam’ – Rumah Tangga Faisal Halim & Isteri Kembali Bahagia
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?
‘Perancangan Allah sentiasa yang terbaik’

Menerusi hantaran di Instagram, Syazwani mengakui walaupun pernah berdepan cabaran dan ujian dalam rumah tangga namun, dia yakin segala yang berlaku adalah sebaik-baik aturan daripada Allah.
Perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Kadangkala prosesnya menyakitkan dan sukar. Namun jangan lupa, ketika Dia berdiam diri, sebenarnya Dia sedang mengatur sesuatu untukmu.
Ingatlah! Hidup akan menjadi jauh lebih mudah apabila kita sedar bahawa perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita sendiri.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat pasangan ini kembali berbaik selepas melalui detik sukar dalam rumah tangga.
Mereka turut mendoakan agar perkahwinan Faisal dan Syazwani kekal bahagia dan dirahmati Allah SWT.
Pada 2 September lalu, Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, pada Khamis, Faisal dan Syazwani memuat naik foto bersama seakan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kembali pulih.
Untuk rekod, Faisal dan Syazwani bernikah pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.
Sumber: Syazwani
The post ‘Hidup Lebih Mudah Bila Kita Sedar Perancangan Allah Lebih Baik’ – Isteri Faisal Halim first appeared on OHBULAN!.