28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 24, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Haliza Maysuri Menang Saman Terhadap Bekas Pengedar, Keluarkan Tudung Bawal Harga RM70k Sebagai Simbolik

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bersama Bawal Sdn. Bhd. memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn Bhd, iaitu, Rosmaliza Mansor yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Risau ‘Sliding Door’ Tiba-Tiba Pecah – ‘Rumah Dipantau 24 Jam, Kami Dah Semak CCTV’

    Haliza menang saman

    Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan telah memerintahkan Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

    Menurut Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive, tindakan saman dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.

    Tegasnya, dia tidak pernah mengganggu orang lain sebaliknya hanya fokus kepada keluarga dan perniagaan sahaja.

    Saya dan suami bina jenama ini daripada sewa bilik kecil ketika itu tiada staf beratus, tiada modal dan pendidikan serta tiada peguam yang jaga.

    BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain.

    Haliza berkata demikian ketika sidang media yang diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.

    ‘Saya bukan nak menipu’

    Tambahnya lagi, rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan kejayaan yang dibina oleh jenama BE kerana mampu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat luar negara.

    Jenama ini dibina dengan peluh air mata, dengan kesusahan tiada modal dan pendidikan tapi rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kami.

    Jenama swarovski mencari kami dan meletakkan kami sebagai branding rakan kongsi sehingga kami menjadi 10 teratas di syarikat itu.

    Susulan kemenangan tersebut, Haliza, 47, menghasilkan sehelai tudung jenama Bawal Exclusive bernilai RM70,000.

    Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.

    Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

    Turut hadir adalah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.

    MENARIK:  Mengenai Pentingnya Mengetahui Nilai Diri Sebagai Seorang Content Creator: Dr Say Dibayar RM10,000 Untuk Hadir Di Majlis Selama 4 Jam

    Menurut Adnan, Rosmaliza Mansor merupakan bekas pengedar produk syarikat Bawal Exclusive Sdn. Bhd. dan Bawal Sdn. Bhd. sejak tahun 2017 hingga 2022.

    Selepas tempoh itu tamat, syarikat memilih untuk tidak meneruskan beliau sebagai pengedar produk.

    Tambah Adnan, syarikat mendakwa hantaran yang dikongsikan di Facebook itu memberikan gambaran negatif.

    Tindakan beliau telah membawa kefahaman kepada orang awam bahawa pihak syarikat dan Haliza telah bertindak tidak adil kepada pengedar-pengedar yang diberi kebenaran untuk menjual produk-produk syarikat, sekali gus menjejaskan reputasi yang dibina sejak 1998.

    Mahkamah juga mendapati Rosmaliza tidak menghadirkan diri sepanjang prosiding dan pada 1 Januari 2025. Dia diperintahkan untuk menurunkan kenyataan fitnah tersebut dari akaun media sosialnya serta dilarang mengulangi sebarang kenyataan sama.

    Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.

    Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasi anak guam kami. Kami berharap tindakan ini menjadi pengajaran agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial.

    Video

    @official

    Rm70 ribu weyh 🤯 # #fyp #news #halizamaysuri #keluarkan #tudung #rm70k #sambut #menang #saman #simbolik

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The post Haliza Maysuri Menang Saman Terhadap Bekas Pengedar, Keluarkan Tudung Bawal Harga RM70k Sebagai Simbolik first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.