24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Dipilih Untuk Menjalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Berikutan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos yang lalu, penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik.

    Bon berkelakuan baik

    Menerusi laporan Utusan Borneo, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama.

    Ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

    Perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

    Terdahulu, viral sebuah rakaman video di mana pelantun suara ‘Bahagiamu Deritaku’ itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.

    Kejadian tersebut dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki berkenaan membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan itu.

    Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka.

    Perkara itu dikongsikan rakan Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud menerusi akaun Facebook. Difahamkan juga, kedua-dua pihak sudah berdamai.

    MENARIK:  Peminat dari Malaysia, Brunei & Singapura Bersedia untuk Menyertai Konsert Zepp Ahad Ini untuk Mengagungkan Liza Hanim!

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.