Penyanyi, Hafiz Suip seakan memberi bayangan bahawa tiada lagi ruang untuknya rujuk semula dengan bekas isteri, Nureffy Jasreel Abdullah selepas sah bercerai talak satu pada 29 Mei lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri
Akur dengan perceraian

Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia dan bekas isteri sudah berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki rumah tangga namun akur dengan perceraian.
Kata Hafiz, salah satu punca berlakunya perceraian adalah kerana tiada lagi persefahaman antaranya dan isteri.
Bercakap soal ruang, perkara ini sudah pun selesai.
Susah nak cakap sebab bila dah tak ada kesefahaman ini kan?
Kesefahaman itu yang penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan ialah kita dah tak ada kesefahaman itu.
Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik.
Hafiz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu sesi beramah mesra bersama media yang diadakan di restoran Bienz, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Tak senang pegang status bapa tunggal
View this post on Instagram
Ketika ditanya mengenai status bapa tinggal, pelantun lagu ‘Noktah Cintah’ ini memaklumkan perkara tersebut bukan mudah untuk dihadapi.
Walau bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak ini reda dan menerima segalanya dengan tangan terbuka.
Bukan senang memegang status bapa tunggal.
Dengar macam senang tetapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan saja yang tahu.
Terdahulu, Hafiz mengesahkan bahawa dirinya sudah sah bercerai talak satu dengan Nureffy di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.
Kongsi Hafiz, hak penjagaan anak-anak buat masa ini diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.
The post Hafiz Suip & Bekas Isteri Tiada Persefahaman – ‘Kami Dah Cuba Tapi Mungkin Ini Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.