28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Hael Husaini Sentuh Hati Peminat Menerusi Single ‘Peluk’ & ‘Alangkah’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Meniti perjalanan seninya dengan penuh kejujuran, penyanyi, komposer serta storyteller terkenal tanah air, Hael Husaini kembali menyentuh hati peminat dengan pelancaran dua buah single terbaharu berjudul “Peluk (duet bersama Nadeera), dan “Alangkah”, terbitan Rocketfuel Entertainment.

    Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mengaku Dah Tak ‘Available’, Akan Kongsi Berita Perkahwinan Bila Tiba Masa

    Artikel Berkaitan: Kes Penyelewangan Wang Berjumlah RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi

    “Peluk”, Balada Romantis

    View this post on Instagram

    A post shared by HH (@haelhusaini)

    Lagu ini mengangkat tema hubungan jarak jauh atau LDR (long distance relationship), tentang rindu yang tidak pernah padam dan harapan untuk kembali bertemu insan tersayang.

    Bagi Hael, Peluk adalah sebuah karya yang dekat dengan hatinya kerana ia menyentuh realiti ramai pasangan hari ini.

    Saya percaya ramai yang melalui fasa hubungan LDR, tidak kira kerana kerja, pelajaran ataupun keadaan hidup. Lagu ini saya tulis sebagai bingkisan rasa rindu, dan saya mahu ia menjadi teman buat sesiapa yang merasainya.

    Bagi saya, kadang-kadang rindu itu pahit, tapi dalamnya tetap ada keindahan.

    Lebih istimewa, Peluk menyaksikan gandingan semula Hael dan Nadeera, selepas kejayaan lagu raya viral mereka, “Meriah Lain Macam”.

    Saya senang bekerja dengan Nadeera. Dia seorang penyanyi yang sangat jujur dalam menyampaikan emosi. Bila saya dengar vokal beliau dalam lagu ini, saya yakin Peluk menjadi lebih hidup, dan lebih manis. Gandingan kami saling melengkapi.

    Sementara itu, Nadeera sendiri mengakui peluang untuk berduet dengan Hael sekali lagi adalah pengalaman yang paling berharga.

    Saya sangat bersyukur bila Hael mengajak saya untuk sama-sama menjayakan Peluk. Bagi saya, lagu ini bukan sekadar tentang cinta jarak jauh, tapi tentang kasih yang tetap utuh walaupun diuji. Hael banyak memberi tunjuk ajar, dan saya rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyumbangkan suara dalam karya seindah ini.

    “Alangkah”, Keindahan Cinta Paling Dalam

    View this post on Instagram

    A post shared by HH (@haelhusaini)

    Jika Peluk membawa kehangatan rindu, single Alangkah pula mengetengahkan sisi yang lebih melankolik.

    MENARIK:  [VIDEO] Achey Gadai 48 Biji Motor Untuk Biaya Kos Perubatan Arwah Ibu – ‘Ini Yang Korang Kata Membazir Ja Aku Beli Dulu Tu’

    Menurut Hael, dia menghasilan lagu ini ketika  melihat pengalaman orang-orang yang terdekat dengannya. Pada Hael, ada cinta yang mereka mahu, tapi tidak semua berakhir seperti yang diimpikan. 

    Lagu ini saya tulis dengan hati terbuka, kerana saya percaya dalam setiap kepedihan ada sesuatu yang indah untuk dikenang. Itulah mesej yang saya mahu sampaikan.

    Dengan pelancaran dua karya ini, Hael berharap agar pendengar dapat menemui diri mereka dalam bait-bait lirik dan melodinya.

    Bagi saya, muzik adalah cerminan hati. Peluk mungkin jadi penguat untuk mereka yang merindui, sementara Alangkah pula jadi peneman untuk mereka yang LDR. ‘Saya harap kedua-dua lagu ini dapat menemani orang ramai dalam perjalanan hidup mereka. Jika lagu-lagu ini mampu menjadi sebahagian daripada cerita mereka, itu sudah cukup membahagiakan saya.

    The post Hael Husaini Sentuh Hati Peminat Menerusi Single ‘Peluk’ & ‘Alangkah’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.