Filem ‘Kaiju’ pertama di Malaysia berjudul Abu Si Raksasa arahan Ramdan Che Hassan akhirnya menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Telan kos RM2 juta

Ketika ditemui , pengarah iaitu Ramdan Che Hassan meluahkan rasa bangga dengan hasil karya filem tersebut meskipun sedar terdapat kekurangan dalam beberapa aspek.
Sebagai pembikin saya bangga dengan hasil filem walaupun ada kecacatan dan ketidaksempurnaan.
Sementara itu, penerbit iaitu, Zamin Fakry pula mendedahkan bahawa idea untuk menghasilkan Abu Si Raksasa sudah lama dirancang sebelum direalisasikan dua tahun lalu.
Idea untuk buat filem ni sebenarnya dah 15 tahun dahulu tapi baru dua tahun lepas direalisasikan. Saya pun ada berpesan kepada pengarah untuk kurangkan kemunculan Abu ni sebab bila kurangkan penggunaan CGI maka ianya boleh nampakkan hasil yang lebih baik.
Tapi setelah berbincang, inilah hasilnya. Sekiranya ada kekurangan, maafkan kami.
Ditanya mengenai kos keseluruhan, filem terbitan M Toons Media Sdn Bhd itu menelan kos kira-kira RM2 juta termasuk kos teknologi imej janaan komputer (CGI), kesan visual khas (VFX), promosi, serta keseluruhan proses produksi.
Bajet filem ini hampir RM2 juta termasuk promosi dan sebagainya termasuk kos teknologi imej janaan komputer (CGI) dan kesan visual khas (VFX).
Kami ambil masa dua tahun sejak 2023 untuk siapkan filem ini termasuk penggambaran, suntingan sebagainya.
Abu Si Raksasa mengisahkan tentang seekor cicak salamander bernama Abu yang dibela Zaara (Sophia Al Barakbah) telah terlepas ke sebuah empangan. Bagaimanapun, empangan tersebut yang telah tercemar dengan bahan kimia menyebabkan Abu berubah lebih besar menjadi raksasa.
Kemudian Zaara bersama rakannya iaitu Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) bergabung tenaga serta berusaha untuk menyelamatkan Abu dari serangan pihak berkuasa yang mahu menghapuskan binatang tersebut setelah berubah menjadi raksasa.
Filem Abu Si Raksasa yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Sophia Albarakbah, Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Azhar Sulaiman dan Maria Farida menemui penonton di seluruh pawagam bermula 11 September 2025.
The post Filem Abu Si Raksasa Kini Di Pawagam, Siap Selepas 2 Tahun Dengan Kos RM2 Juta first appeared on OHBULAN!.