26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Fida Ibrahim: Bekas Majikan Belum Serik, Bersedia Berbincang Secara Baik

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    rafidah saman ganti rugi

    Usahawan Datuk Haris Embong menyatakan dia tidak menyesal mengambil pengacara, Rafidah Ibrahim bekerja di bawah syarikat miliknya biarpun prestasi tidak seperti dijangka sehinggakan menjejaskan reputasi.

    Artikel berkaitan: ‘Aku Tengah Mengandung..Dia Bagi Nombor Telefon Suami Dekat Perempuan’ – Fida Ibrahim Dedah Ada Dua ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangga

    Dua bulan kerja

    rafidah ibrahim

    Menurut Haris, segala yang berlaku sejak tohmahan itu disebarkan tiga tahun lalu dianggap sebagai pengajaran yang mematang dirinya.

    Kata Haris, Rafidah mula bekerja pada Jun 2021 sebelum khidmatnya ditamatkan pada 26 Ogos tahun yang sama atas persetujuan bersama.

    Saya mengenalinya di sebuah majlis keusahawanan pada Mac 2021. Selepas menyapa saya, dia menyatakan hasrat untuk bekerja tetapi saya maklumkan syarikat tidak mengambil pekerja susulan pandemik Covid-19.

    Bagaimanapun saya bersetuju mengambilnya sebagai Ketua Pegawai Pemasaran pada Jun 2021, sebelum khidmatnya ditamatkan pada 26 Ogos 2021 atas persetujuan bersama.

    Apabila tohmahan mula tersebar menerusi media sosial selepas dia tidak lagi berkhidmat dengan kami, awalnya saya memang mahu menyelesaikan hal ini dengan baik.

    Haris berkata demikian ketika sidang media yang diadakan di RE Kitchen, pada petang Jumaat.

    Hadir sama, peguam korporat kumpulan syarikat berkenaan iaitu Datuk Mohd Hifdzi Hamzah dari Tetuan Hifdzi Kee Hanisah & Co; ahli Lembaga Pengarah Arisprop Holdings, Ismail Taib dan peguam yang menguruskan kes saman fitnah, Foo Hong Chuen mewakili Tetuan Izral Partnership.

    Nak bersihkan imej

    bekas majikan

    Foto: Utusan TV

    Tambah Haris, tujuan menjelaskan kes saman fitnah yang memihak kepadanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu adalah bagi membersihkan reputasi syarikat pengeluar makanan sejuk beku dan rumah produksi miliknya.

    Sebagai syarikat yang mempunyai imej bersih sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, saya harap kepercayaan rakan niaga serta pelanggan dapat dikukuhkan kembali.

    Begitupun, Haris enggan mendedahkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat fitnah dilemparkan.

    Selain itu, Haris memberitahu dia terbuka untuk menyelesaikan perkara itu secara baik sebelum ini, namun kecewa apabila tiada maklum balas daripada selebriti itu yang memaksanya membawa isu terbabit ke mahkamah.

    Daripada awal lagi saya tiada masalah untuk berbincang secara baik. Malah ketika dia memuat naik hantaran berunsur fitnah di media sosial sebelum ini, saya sudah cuba menghubungi berulang kali selain turut menghantar mesej kepadanya.

    Namun jawapan yang saya terima mengecewakan apabila dia meminta saya menunggu maklum balas peguamnya dan kalau nak cakap fasal maaf, sebagai orang Islam kita memang disarankan memaafkan orang lain.

    Saya juga tidak pernah meletakkan jumlah tuntutan bagi kes ini, sebaliknya denda yang dikenakan terhadapnya diputuskan oleh mahkamah.

    Bagaimanapun kata Haris, insiden yang berlaku itu tidak akan membuatkan dirinya serik membantu orang atau bekerja dengan selebriti lain pada masa akan datang.

    Kalau nak cakap serik, saya secara peribadi suka membantu orang bahkan syarikat kami juga sedia bekerja dengan artis lain pada masa akan datang.

    Dalam syarikat sendiri pun, ada program khas membantu usahawan dan golongan asnaf, manakala menerusi rumah produksi, kami sudah menerbitkan banyak drama dan bakal hasilkan filem.

    Situasi yang berlaku ini tidak menyekat saya dan syarikat yang menyumbangkan sesuatu semula kepada masyarakat.

    Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Haris dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd.b berhubung hantaran fitnah yang dibuat di akaun media sosialnya pada 2021.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Bersemangat Jual Baju Dalam Kereta - 'Pilih Warna, Saya Tukar Tanpa Masalah'

    Keputusan itu dibuat Hakim Dr Mohd Johan Lee @ John Lee Kien How selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Datuk Haris Embong, 47, selaku plaintif pertama manakala syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan sejuk beku sebagai plaintif kedua.

    Rafidah juga dikenakan faedah lima peratus setahun bermula penghakiman sehingga selesai membuat pembayaran ganti rugi itu.

    Terdahulu, Rafidah pernah bekerja bersama Arisprop Holdings Sdn. Bhd. sebagai ketua pemasaran syarikat berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.