Didakwa ‘mengkambinghitamkan’ bekas suami susulan isu curang, pelakon, Nur Fazura menyerahkan notis tuntutan saman kepada seorang wanita pada Jumaat lalu.
Buat kenyataan palsu
Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura berkata, wanita berkenaan membuat kenyataan palsu berkaitan rumah tangga pasangan tersebut di media sosial.
Semasa prosiding lalu, saya cakap Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan dia memfailkan cerai kerana isu curang. Bukan bermaksud Fazura menafikan wujudkan isu curang itu.
Tambah Fakhrul, timbul juga kenyataan seorang individu seolah-olah pelakon filem ‘Pisau Cukur’ itu meletakkan semua kesalahan pada bekas suaminya itu.
Berikutan daripada itu, Fazura nekad meneruskan kes dengan saman malu terhadap individu yang mula-mula mengeluarkan fitnah terbabit.
Cerai talak satu
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.