25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Menegaskan Tidak Curang, Fazura Sedih Gagal Perceraian – ‘Saya Mengetahui Tentang Permohonan Cerai Melalui Media Sosial’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Fattah Amin

    Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura yang sedang dilanda badai ketika ini.

    Fattah tak curang

    Memetik Harian Metro, Fattah, 34, menegaskan tiada wanita lain yang bertakhta di hatinya selain Fazura sekali gus menyangkal dakwaan dia berlaku curang.

    Malah, Fattah akui terkejut apabila mendapat tahu isterinya menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

    Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

    Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).

    Doakan yang baik

    Fattah Amin

    Dalam pada itu, Fattah meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dan berharap isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat diselesaikan secara baik.

    Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

    Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

    Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian.

    Sebelum ini timbul dakwaan Fattah berlaku curang dengan penata gaya atau ‘stylist’ Fazura yang dikenali sebagai Syira Atiqah.

    MENARIK:  [VIDEO] Misi Balik Kampung Episod 3: Cara Nenek Backup Danish Membuat Ramai Rindu akan Nenek

    Sementara itu, semalam kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.