31.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Fatima Rindu, Tak Nak Lepaskan Tangan’ – Fattah Amin

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Fattah Amin menyatakan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berkemungkinan terlalu rindu dengan dirinya justeru enggan berenggang ketika majlis akad nikah semalam.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’

    Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

    Daddy ‘hilang’ kejap

    Menurut Fattah, dia tidak menyangka Fatima tidak mahu langsung berjauhan selepas berjumpa ketika keluar dari dewan untuk menunaikan solat sunat.

    Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bersyukur kerana Amira sangat memahami dengan situasi tersebut.

    Betul, dia (Fatima) tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.

    Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah.

    Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami.

    Isyarat angguk

    Dalam pada itu, tambah Fattah, 35, keputusan untuk membawa Fatima naik bersama ke atas pelamin atas persetujuan pelantun lagu Bila Nak Kahwin? juga.

    Macam tadi pun (semalam) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira angguk itu yang saya bawa juga.

    Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu.

    Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Nadirah Menjual Tuala 'Preloved', Anda Berminat?

    Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

    Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri. Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.

    Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.

    The post ‘Fatima Rindu, Tak Nak Lepaskan Tangan’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.