Pelakon Faizal Hussein memilih untuk tidak menegur atau mengherdik para pelakon yang bermasalah dan tidak berdisiplin ketika penggambaran.
Faizal Hussein jaga hati pelakon

Ketika ditemui , Faizal berkata pendekatannya itu adalah untuk menjaga keharmonian selain mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh menjejaskan suasana kerja.
Saya tak pernah tegur sesiapa atau mana-mana pelakon tentang lakonan mereka sebab saya mahu menjaga hati.
Sekiranya penggambaran itu mengambil masa tujuh hari, saya tidak mahu teguran atau herdikan itu menjadi perkara yang menyakiti hati sesiapa. Itu lebih baik. Biarlah penggambaran berjalan tanpa ada hati yang terluka.
Walaupun mengakui situasi itu boleh mengganggu kelancaran kerja, Faizal tetap berpegang pada prinsip profesionalisme.
Pelakon drama Bidaah ini juga mengakui bahawa dia tetap memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang dilakonkannya.
Saya anggap isu artis tak hafal dialog, datang lambat dan sebagainya sebagai perkara positif. Sebab kalau banyak kali buat babak yang sama, itu adalah satu bonus untuk saya perbaiki lakonan saya.
Pekara itu tidak mengganggu kerja saya. Saya tetap akan berikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya.
Dalam pada itu, Faizal berkata industri seni tanah air masih memerlukan peningkatan dari segi disiplin dan kesedaran untuk memudahkan kelancaran produksi.
Setiap pelakon akan melalui proses untuk menjadi lebih dewasa dan berdisplin menerusi umur dan jumlah nashkah yang mereka lakonkan.
The post Faizal Hussein Pilih Jaga Hati, Tak Tegur Pelakon Bermasalah first appeared on OHBULAN!.